“Hantar pukul 6, pukul 7 dah berbuih, anak tahfiz pula kena bersihkan makanan basi” – Alasan ‘sedekah’ ke pusat tahfiz konon nak elak membazir bertukar aib

Jamuan pernikahan atau kenduri ini adalah salah satu tanda syukur pihak pengantin dalam menzahirkan rasa terima kasih kepada Allah swt apabila urusan perkahwinan dipermudahkan.  Namun syukur itu tidak bernilai jika adanya perbuatan yang kufur.

 

"Hantar pukul 6, pukul 7 dah berbuih, anak tahfiz pula kena bersihkan makanan basi" - Alasan 'sedekah' ke pusat tahfiz konon nak elak membazir bertukar aib

“Hantar pukul 6, pukul 7 dah berbuih, anak tahfiz pula kena bersihkan makanan basi” – Alasan ‘sedekah’ ke pusat tahfiz konon nak elak membazir bertukar aib

Kufur kepada Allah swt kerana meletakkan harga mas kahwin dan belanja hantaran yang begitu tinggi kerana beranggapan status perlu diberi perhatian.  Kufur juga berlaku apabila majlis itu digah-gahkan sehingga timbul riak dan mengakibatkan pembaziran.

Hari ini rata-rata budaya Melayu sudah melangkaui sunnah.  Terlalu mementingkan adat raja sehari sehingga pembaziran juga dikira perkara biasa.  Sudah jadi ‘trend’ orang-orang kaya dan pembesar pula dijadikan tetamu utama bukan orang susah atau fakir kerana itulah sunnah sebenarnya.

Apabila prinsip sunnah ini dipelihara dengan menjaga kebajikan orang susah, maka tercapailah kesyukuran majlis itu.  Apa yang jadi hari ini sebaliknya.  Orang susah atau anak-anak tahfiz dijadikan pilihan terakhir dengan sisa-sisa makanan berlebihan ‘disedekahkan’ kepada mereka.

Niatnya murni, ingin bersedekah, tapi lauk-pauk yang disedekahkan itu basi dan langsung tidak boleh dijamah.  Terlihat keprihatinan tuan rumah itu sangat sedikit tanpa memikirkan sensitiviti anak-anak ini.  Mungkin ada diantara mereka yang teringin sangat merasai lauk pengantin, namun akhirnya makanan tersebut tidak boleh dimakan.

Perkongsian daripada laman Kasih Till Jannah ini menceritakan bagaimana realiti ‘sedekah’ dengan niat mengelakkan pembaziran bertukar menjadi aib.  Kesemua makanan yang diberikan basi malah periuk-periuk yang disertakan perlu dibersihkan oleh anak-anak tahfiz tersebut.  Baca perkongsian dibawah ini semoga dapat dijadikan pengajaran bagi kita dan lebih sensitif terhadap pihak yang nak disedekahkan.

Bukanlah menyombong ataupun besar diri. Tapi inilah hakikatnya mengapa saya sering menolak lauk lebihan kenduri bila di hantar ke madrasah. Lauk lebihan kenduri yang sayang untuk dibuang akhirnya dihantar ke madrasah dengan alasan tidak mahu membazir..tapi sebenarnya ketika dihantar lauk ini sudahpun separuh basi. Hantar pukul 6 petang.. pukul 7 sudah basi dan berbuih.

Lebih malang lagi semalaman pelajar tido dengan bau masam dan busuk dr lauk2 basi ini. Malah pagi2 buta lagi pelajar2 tahfiz terpaksa menyelsaikan pula masalah “tuan rumah kenduri” semalam iaitu buang lauk pauk. Di mana kami nak buang lauk yang berperiuk periuk ini.?

Hampir tiap2 minggu inilah rutin harian kami. Bukan tidak menolak tapi ketika hantar tuan lauk begitu memaksa..akhirnya kami mengalah. Dan inilah kami tanggung setiap kali.

Saya pernah menyebut dalam kuliah2 saya tentang perkara ini berkali2. Namun ada suara2 mengatakan saya sombong dan sebagainya sering saya katakan kalau sayangkan pelajar tahfiz atau betul2 ingin berkongsi makanan dengan kami hantarlah pada waktu tengah hari ketika lauk pauk masih panas dn menyelerakan. Kalau sibuk kami boleh datang ambil. Tapi kalau takut makanan tak cukup..tak perlu risaukan kami. Di madrasah pun setiap hari kami masak.

Alhamdulillah anak2 tahfiz sentiasa cukup makan. Kadang2 ada juga orang yg upah katering 2 3 malam berturut2 utk jamu anak2 syurga ni. Tak kurang juga yg sering hantar beras, minyak; telur, ayam, kambing dan mcm2 bahan mentah utk kegunaan dapur madrasah. Alhamdulillah ahli2 quran sentiasa dijaga rezeki mereka oleh Allah. Oleh sebab itulah kami selalu mengelak lauk lebihan kenduri..

Apapun saya ucapkan terima kasih kerana tuan rumah masih lagi ingat kami. Walaupun di hujung2 hari. Kami juga ucap terima kasih sebab bersusah payah hantarkan lauk pauk walaupun setelah penat seharian melayan tetamu. Terima kasih sebab tak lupakan kami. Kami sentiasa doakan agar tuan2 dimurahkan rezeki dan diberkati. Bagi pengantin moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Aminn

Sumber: SK


Sumber “Hantar pukul 6, pukul 7 dah berbuih, anak tahfiz pula kena bersihkan makanan basi” – Alasan ‘sedekah’ ke pusat tahfiz konon nak elak membazir bertukar aib

Post a Comment

Previous Post Next Post