Harga RON95 naik satu sen, diesel turun satu sen

Harga minyak petrol RON95 naik satu sen bermula tengah malam ini, dari RM2.20 kepada RM2.21 seliter. — Foto ReutersHarga minyak petrol RON95 naik satu sen bermula tengah malam ini, dari RM2.20 kepada RM2.21 seliter. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 7 Mac ― Harga minyak petrol RON95 naik satu sen bermula tengah malam ini, umum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Harga baru menjadikan RON95 RM2.21 seliter sementara RON97 kekal RM2.47 seliter.

Manakala diesel turun satu sen, daripada RM2.18 kepada RM2.17 seliter.

Harga bahan api yang ditetapkan secara mingguan itu berkuat kuasa 8 Mac hingga Khamis minggu depan.



Sumber Harga RON95 naik satu sen, diesel turun satu sen

Post a Comment

Previous Post Next Post