“Salam Mag, dulu kalau aku post gambar produk aku dekat FB, boleh dapat 100 likes, 50 comments; tapi sekarang kenapa makin slow dan rendah engagement aku?”
1. New-comers
Kau kena terima hakikat yang sekarang makin ramai dah mula masuk ke bidang online bisnes atau e-commerce. Akses untuk memulakan bisnes sangat mudah sekarang, jangan rasa pelik bila kau perasan yang makin ramai pesaing berdiri sebelah kau. Ya, harga memainkan peranan paling penting bila ada new comers, atau pesaing baru yang akan compete dengan kau, itu antara benda yang paling senang diorang capai untuk tarik perhatian market.
Dulu engkau rasa hebat dan gah sebab boleh jual barang Gregory yang rare dari Japan dan Thailand, tapi sekarang tidak, sekali search, panjang senarai penjual barang Gregory ni dalam Facebook. Tapi macam mana engkau nak berdiri paling depan dalam market kau tu?
2. Iklan
Kau dah patut mula ikut kelas-kelas yang melibatkan pengiklanan bisnes kau. Ini yang membezakan kau dengan new comers, paling tidak. Engkau dah ada customer base sebelum ni, engkau patut dah ada data: siapa pelanggan kau, umur diorang, dari negeri mana yang ramai pembeli, design jenis apa yang diorang lebih suka, price range apa yang diorang selesa, dan lain-lain, perkara ni kau dah patut ada rekod untuk lancarkan jualan masa mendatang.
2.1 Iklan bukanlah sebarang iklan. Bila kau tanya peniaga yang baru nak mula buat iklan di Facebook atau instagram, respond diorang rata-rata sebab “Nak buat sales.” This is wrong, for me.
Perhatikan iklan-iklan di TV atau dari jenama-jenama besar- diorang tak keluar iklan yang bertujuan nak buat jualan, tapi diorang buat untuk “stand out from the market”- itu sebab iPhone selalu buat billboard besar dengan mesej:
“Gambar ini diambil dari kamera iPhone X.”
Apple nak sampaikan mesej bahawa diorang punya kamera phone yang paling gah berbanding pesaing diorang, bukan buat iklan nak jana jualan semata-mata. Apple tak cerita pun kilang dia dekat China, tak cerita pun ada jualan setengah harga, tak cerita pun betapa lembiknya Samsung atau Huawei.
3. Strong & Trusted
Bagi aku, mempunyai satu webstore adalah perkara terbaik untuk kau tonjolkan bisnes kau, untuk kau sampaikan mesej kepada pelanggan kau, bahawa kau boleh dipercayai dan kau ada bisnes yang kukuh untuk pelanggan kau beli dari kau. Orang kita dah patut dididik untuk run business e-commerce dengan webstore, ini adalah satu perkara yang professional dan lain level.
Dari webstore, kau boleh tahu siapa yang membeli, apa yang kau patut tukar, apa yang kau patut iklankan, kau boleh tahu trafik tu masuk dari mana, kau boleh tahu segala macam nombor dan data untuk kau buat next move. Trust me, it’s really a great thing.
Itu sebab aku sering terfikir, kalau brother-brother burger boleh buat webstore dia untuk jual burger di kawasan diorang, aku yakin, sales diorang akan naik mendadak lepas dapat data dari webstore. Bayangkan bila diorang dapat kumpul data bahawa pelanggan diorang adalah lelaki yang balik kerja naik motor pada jam sekian-sekian, confirm diorang akan pandai buat iklan untuk target market tu, and sales would rocket.
4. Educate
Ini antara perkara paling penting dalam bersaing dengan orang lain. Kau kena selalu didik pelanggan kau, bahawa produk dan servis kau lain dari yang lain. Apatah lagi kalau kau jual servis/produk yang lebih mahal, bermacam mesej kau kena sampaikan ke pelanggan kau, inilah satu bentuk didikan. Itu sebab ada designer bag tangan akan buat video betapa details nya pembuatan produk dia, supaya dia dapat sampaikan mesej bahawa bag tangan nya adalah “made from high quality materials and passion.”
Mesej dan storytelling yang mendidik ni lah yang akan buat pelanggan kau rasa bangga pakai servis/produk kau, supaya diorang tahu apa yang diorang guna dan pakai.
“Aku pakai iPhone sebab aku percaya dengan orang macam Steve Jobs yang gilakan kreativiti dan inovasi.”
“Aku nak beli Tesla sebab aku yakin Elon Musk antara individu yang akan buat dunia ni a better place.”
“Aku beli Gregory sebab aku yakin bagpack tu akan tahan lama bila aku travel ke London nanti.”
Mulalah sekarang, keluar berniaga.
Perhatikan apa mesej yang kau nak bawak, belajar untuk didik pelanggan, buat satu webstore supaya kau nampak kukuh dan dipercayai.
Mag Malaya,
Guangzhou China.
Sumber Ini Sebab Kenapa Bisnes Online Kau Makin Perlahan