'Isteri menjerit, aku bergegas turun dan tengok anak dah kebiruan' - Mulut bayi disumbat dengan tauhu goreng meninggal dunia

Sudah terlambat untuk menyuarakan kekesalan, bayi yang tidak berdosa sudah tiada, isteri pula menjadi tidak menentu hanya kerana sikap si suami yang mementingkan dirinya. Ditambah pula dengan kakak kandungnya yang langsung tidak membantu dan menganggap adik iparnya itu sebagai kuli untuk menguruskan segala hal. 
Pernah sebelum ini si isteri menyuarakan hasratnya untuk berpantang di rumah ibu bapanya di Singapura, namun si suami buat tak endah. Sedangkan isterinya mempunyai alasan yang kukuh. Akibat sikap mementingkan dirinya itu, mereka kehilangan anak sulung. 
Sebagai suami, dengarlah permintaan atau pandangan isteri. Berbincang dengan baik dan cari jalan penyelesaiannya. Bukannya selepas berkahwin, si suami saja yang berhak membuat keputusan dan tidak boleh diberi teguran. Semoga menjadi pengajaran kepada yang bakal mendirikan rumah tangga mahupun yang sudah lama berkahwin. 
Assalamualakum KRT. Di sini aku nak meluahkan penyesalan yang sudah tidak berguna bila kejadian pun dah berlaku. Baru aku sedar isteri aku selalu meluah dalam page ini. Okey, aku cerita. 
Aku berkahwin dengan isteri dah setahun dan mesti korang ingat kisah dia dijadikan sebagai orang gaji dalam rumah aku kalau tak silap. Sebelum kami berkahwin, dia bekerja. Tetapi bila dah berkahwin, aku suruh dia berhenti dan duduk di rumah dengan mak dan kakak aku.
Mak aku menghidap strok dan isteri aku yang menjaganya sedangkan kakak aku goyang kaki. Aku sedar aku berdosa pada isteri, aku tidak berlaku adil, aku lebihkan keluarga aku. Nafkah pun kadang-kadang aku bagi RM300 atau RM200. Itu pun kalau ada baki untuk keluarga aku. 
Kejamnya aku. 
Dia selalu cakap nak balik kampung. Tetapi entah apa yang menghasut kepala aku, aku langsung tak menghiraukan permintaan dia. Nak bawa dia jalan-jalan? Jauh sekali. Tetapi isteri aku tak merungut. 
Sepanjang dia bergelar isteri, aku tak pernah belikan apa-apa untuk dia. Terbaru dia menyuarakan hasrat nak berpantang di rumah ibu bapanya di Singapura. Tetapi aku buat tak layan. 
Isteri kata dia tak tahan dengan anak-anak kakak aku yang terlalu degil dan bising. Bagi aku pulang, normallah budak-budak. Tapi aku silap, selepas isteri bersalin, dia berpantang di rumah aku. 
Masa itu mak aku duduk di luar, kakak aku pula tengok tv di atas. Anak aku sedang tidur, isteri pergi mandi. Tiba-tiba selepas isteri aku naik mandi, dia punya menjerit sampai satu kampung boleh dengar. Rupanya anak bongsu kakak aku berusia enam tahun sumbat tauhu goreng dalam mulut anak aku. Aku bergegas turun tengok anak aku dah kebiruan dan akhirnya anak meninggal dunia. 
Sejak anak kami meninggal dunia, isteri aku asyik menangis. Sekarang dia meroyan. Dah pelbagai cara dan tempat kami bawa dia berubat tetapi keadaannya tetap sama.
Aku menyesal, aku sia-siakan isteri aku. Apa lagi yang aku perlu buat? Isteri aku meracau dan kadang-kadang nak bunuh diri. 


Sumber 'Isteri menjerit, aku bergegas turun dan tengok anak dah kebiruan' - Mulut bayi disumbat dengan tauhu goreng meninggal dunia

Post a Comment

Previous Post Next Post