Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Dr Che Ghazali Che Awang hari ini berkata persiapan terperinci telah dibuat bagi menghadapi situasi yang tidak diingini termasuk memantau bahan-bahan yang disebarkan melalui media sosial.
"Pihak Polis akan bertindak serta-merta berdasarkan undang-undang yang ada dan saya meminta semua pihak supaya jangan menggunakan media sosial untuk mengirim bahan-bahan yang boleh mencetuskan kemarahan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Hari Polis ke-211 yang diadakan di Ibupejabat Polis Daerah Langkawi.
Menurutnya perancangan Polis untuk menghadapi pilihan raya ini cukup sistematik dan rapi dengan melibatkan anggota-anggotanya menjalani kursus tambahan di Alor Setar dan Kuala Lumpur.
Kawasan Langkawi dijangka menjadi medan persaingan sengit dalam pilihan raya ini berikutan ura-ura bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang kini menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan bertanding di kawasan Parlimen di sini.
-- BERNAMA
Sumber Jangan timbulkan kekacauan di Langkawi - Amaran polis