Kos sara hidup meningkat bukan disebabkan GST - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan bahawa kenaikan kos sara hidup disebabkan oleh pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), lapor Astro Awani. 
Sebaliknya, pelaksanaan sistem cukai tersebut pada April 2015 telah berjaya mengurangkan kadar inflasi sehingga 1.4 peratus pada Februari tahun ini daripada 8.4 peratus pada tahun 2008. 
"Bila kita laksanakan GST, kita telah memilih jalan yang paling selamat. Kita mengecualikan 578 barangan asas. Bagaimana harga ikan kembung naik disebabkan GST? Ikan tiada GST. 
"Antara barangan asas lain yang dikecualikan GST termasuk beras, telur ayam, daging, sayur, roti, minyak masak, buah-buahan, petrol, surat khabar, buku serta ubat-ubatan," katanya ketika sesi dialog bersama Datuk Seri Idris Jala di Majlis Pelancaran Laporan NTP 2017 di Pusat Pameran Antarabangsa Malaysia (MTEC), malam tadi.
Jelas beliau, kerajaan pernah mempunyai usaha untuk melaksanakan GST pada tahun 1984 tetapi terpaksa melupakan hasrat itu kerana keberanian politik. 
"Pelaksanaan GST mempunyai kos politik yang tersendiri, itu yang tidak mampu dilakukan kerajaan ketika itu," katanya. 


Sumber Kos sara hidup meningkat bukan disebabkan GST - Najib

Post a Comment

Previous Post Next Post