KTM ganti Yamaha perkuat MotoGP Tech3

LONDON: KTM akan menggantikan Yamaha sebagai rakan pengeluar kepada pasukan MotoGP, Tech3 bermula tahun depan, umum pengeluar motosikal dari Austria itu, hari ini.

Dengan keputusan itu, bermakna KTM yang memiliki pasukan sendiri akan mempunyai empat jentera di garisan permulaan pada musim depan.

Perjanjian ini dimeterai untuk tempoh tiga tahun, kata bos Tech3 Herve Poncharal.

"Kami sentiasa berusaha untuk menjadi rakan rasmi pasukan remaja Yamaha, tetapi ia tidak berlaku kali ini," kata Poncharal.

Pasukan persendirian itu mengumumkan pada bulan lalu bahawa mereka akan menamatkan kerjasama dengan Yamaha selepas lebih 20 tahun bersama.

Tech3 MotoGP akan diwakili oleh pelumba Perancis, Johann Zarco dan pendatang baharu MotoGP, Hafizh Syahrin Abdullah.

- REUTERS



Sumber KTM ganti Yamaha perkuat MotoGP Tech3

Post a Comment

Previous Post Next Post