Lelaki 220 kg kena angin ahmar, bomba usung dari bilik hotel

Anggota bomba Jalan Kubu mengusung lelaki seberat 220 kilogram yang diserang angin ahmar di sebuah hotel. — Foto ihsan Facebook/Kelab Info MalaysiaAnggota bomba Jalan Kubu mengusung lelaki seberat 220 kilogram yang diserang angin ahmar di sebuah hotel. — Foto ihsan Facebook/Kelab Info MalaysiaMELAKA, 24 Mac — Bomba terpaksa dikerah untuk membawa turun lelaki seberat 220 kilogram yang diserang angin ahmar.

Ang Nickson, 30, ketika itu berada di tingkat 11 di sebuah hotel dan tidak dapat menggerakkan bahagian kanan badannya, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian 9.30 pagi semalam di Taman Kota Laksamana Utama dekat sini, mangsa terpaksa diusung dengan tilam menggunakan lif hotel.

“Seramai 12 anggota selain sebuah jentera, lori dan unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dikejarkan ke lokasi,” kataketua balai bomba Jalan Kubu. 

Dibantu kakitangan hospital, timbalan penguasa bomba Kamarulzaman Mohd Din berkata lelaki itu dibawa ke Hospital Melaka.



Sumber Lelaki 220 kg kena angin ahmar, bomba usung dari bilik hotel

Post a Comment

Previous Post Next Post