Luang 3 jam sehari, Malaysia antara pengguna media sosial tertinggi di dunia

KUALA LUMPUR: Secara purata, rakyat Malaysia meluangkan masa tiga jam sehari di media sosial sekali gus meletakkan negara ini antara 10 tertinggi di dunia.

Kaji selidik oleh The Global State, Hootsuite itu telah dijalankan melibatkan 239 buah negara bagi mengetahui tren terkini pengguna laman sosial  di seluruh dunia pada tahun 2018.

Menurut laporan tersebut, pengguna sosial media di Malaysia telah mencatatkan peningkatan kepada 9 peratus.
Malaysia berada di tangga ke-9 dalam purata jam menggunakan sosial media dalam sehari.

Berdasarkan kaji selidik itu juga menunjukkan Malaysia mencatat jumlah 36 peratus penembusan penggunaan Instagram iaitu melepasi peratus purata dunia.
 Malaysia mencatat jumlah 36 peratus penembusan penggunaan Instagram.

Manakala bagi penggunaan Facebook pula, Malaysia mencatatkan kadar penggunaan sebanyak 5.8 peratus iaitu di tangga keenam dunia.

Angka itu meletakkan Malaysia di belakang Belgium, Thailand, Jepun, Ghana, dan Filipina.

Malaysia mencatatkan kadar penggunaan Facebook sebanyak 5.8 peratus



Sumber Luang 3 jam sehari, Malaysia antara pengguna media sosial tertinggi di dunia

Post a Comment

Previous Post Next Post