Mahu 'Beckham' dilahirkan semula, anjing disemadi ikut ajaran Buddha

BANGKOK: Masyarakat biasanya melihat apabila berlaku kematian, si mati akan disemadikan mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Sudah pasti yang sering kita lihat adalah si mati merujuk kepada manusia tidak kiralah bapa, isteri atau sanak saudara.

Namun apa yang berlaku di Bangkok, Thailand, sebuah keluarga penganut agama Buddha melakukan upacara khas persemadian bagi anjing peliharaannya atau dipanggil sebagai Beckham.

Sebuah keluarga penganut agama Buddha melakukan upacara khas bagi kematian anjingnya di sebuah kuil di Bangkok, Thailand. -Foto South China Morning PostUpacara itu dibuat kerana mempercayai ia boleh mempercepatkan kelahiran semula anjing itu selain memperbaiki karmanya, lapor South China Morning Post.

Menurut penjaga haiwan tersebut, Saythan Suwan, 43 tahun dia sudah menggangap anjing itu seperti darah daging sendiri.

“Beckham sudah seperti anak saya sendiri,” ujar Saytahan.

Dia turut memberitahu anjing itu setia kepada keluarga mereka kerana telah menjaga rumah, bermain dengan anak-anak selain turut berkongsi sebantal dengan mendiang nenek.

“Kami mahu berikan yang terbaik buat Beckham jadi dia akan ditempatkan di kedudukan yang terbaik untuk kelahiran akan datang.

“Sekiranya dilahirkan semula, saya berharap dia akan lahir dalam keluarga kami juga,” tambahnya lagi.

Bagi memastikan upacara itu diadakan, keluarga itu sanggup membayar untuk majlis semadian tertutup di kuil Wat Krathum Suea Pla di negara berkenaan.

Anjing itu diberikan nama Beckham bersempena dengan pemain bola sepak terkenal, David Beckham.



Sumber Mahu 'Beckham' dilahirkan semula, anjing disemadi ikut ajaran Buddha

Post a Comment

Previous Post Next Post