Mansuh GST tidak realistik, PAS bidas janji PH

Ada tiga perkara yang tidak boleh dielak iaitu kematian, perubahan dan cukai, kata Datuk Takiyuddin Hassan.—Foto oleh Yusof Mat IsaAda tiga perkara yang tidak boleh dielak iaitu kematian, perubahan dan cukai, kata Datuk Takiyuddin Hassan.—Foto oleh Yusof Mat IsaTUMPAT, 10 Mac — Janji Pakatan Harapan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika menang pilihan raya umum (PRU14) adalah “tidak realistik dan sukar dicapai”, kata PAS. 

Datuk Takiyuddin Hassan berkata GST salah satu sumber penting pendapatan kerajaan namun pelaksanaannya pada golongan berpendapatan rendah juga perlu ditekankan, lapor Utusan Online.

“Pada asasnya kita dalam dunia ini ada tiga perkara yang kita tidak boleh elak iaitu kematian, perubahan dan cukai,” kata setiausaha agung PAS.

“Walaupun ada cukai tetapi ia mestilah tidak membebankan rakyat.”

Pakatan Harapan kelmarin melancarkan manifesto pilihan raya umum, menggariskan lima teras merangkumi 60 janji jika berjaya mengambil alih pentadbiran negara.

Ia termasuklah menghapuskan cukai GST sebanyak 6 peratus.



Sumber Mansuh GST tidak realistik, PAS bidas janji PH

Post a Comment

Previous Post Next Post