Mesti cuba, asam pedas gearbox di Melaka

Sendi lembu atau kambing, gearbox, dimasak asam pedas di warung Selera Hang Tuah di Kampung Duyong, Jalan Bukit Katil. ― Foto ihsan Facebook/Aidil Hakim Sendi lembu atau kambing, gearbox, dimasak asam pedas di warung Selera Hang Tuah di Kampung Duyong, Jalan Bukit Katil. ― Foto ihsan Facebook/Aidil Hakim

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Jika sudah jemu asam pedas ikan kembung, ikan merah atau pari, anda dicadangkan ke warung Selera Hang Tuah. 

Restoran milik Azdi Jalaluddin, 44, menyediakan menu asam pedas yang tidak dijangkakan. Ia menyajikan gearbox lembu atau kambing sebagai tarikannya.

Berniaga sejak 2010, Azdi memberitahu ProjekMMO minggu lalu beliau mendapat ilham menggunakan bahagian sendi haiwan itu selepas pulang kenduri. 

“Melaka memang terkenal dengan asam pedas, pergi mana-mana mesti ada orang jual, termasuk dijadikan menu kenduri.

Asam pedas gearbox (atas) dan asam pedas ikan kembung bersama sedikit ulam, sambal lada dan telur masin. ― Foto ihsan Facebook/Fauzan Ali Abu Asam pedas gearbox (atas) dan asam pedas ikan kembung bersama sedikit ulam, sambal lada dan telur masin. ― Foto ihsan Facebook/Fauzan Ali Abu “Dulu saya pergi ke satu kenduri, mereka sediakan asam pedas tetapi dimasukkan sekali tulang, ekor dan daging,” katanya. 

“Tiba-tiba datang idea nak buat gearbox dan mula jual sekitar 2015.” 

Semangkuk asam pedas gearbox berharga antara RM20 hingga RM45, bergantung saiz. Ia dihidang dengan sepinggan nasi dan sambal belacan. 

Masakan asam pedas lain yang menjadi pilihan ramai termasuklah tulang, ekor, kambing dan ikan parang. Sup kambing dan sup gearbox juga popular.

Harga bagi hidangan asam pedas selain gearbox dan sup serendah RM8. 

Pelakon terkenal Jalaluddin Hassan (kiri) bersama pemilik Azdi Jalaluddin di warung Selera Hang Tuah. ― Foto ihsan Facebook/Selera Hang TuahPelakon terkenal Jalaluddin Hassan (kiri) bersama pemilik Azdi Jalaluddin di warung Selera Hang Tuah. ― Foto ihsan Facebook/Selera Hang TuahMenghabiskan kira-kira 40 ke 50 ketul gearbox setiap hari, warung Selera Hang Tuah dibuka setiap hari dari 5.30 petang hingga 2 pagi. 

Ia terletak hanya 220 meter dari Masjid Jamek Kampung Duyong dan berdekatan dengan Perigi Hang Tuah, satu tarikan pelancongan popular.  

Alamatnya: Lot 1407, Jalan Bukit Katil, Kampung Duyong. Lebih mudah, cari warung Selera Hang Tuah di peta Google dan Waze telefon anda.

Anda boleh juga menyemak Facebook: Selera Hang Tuah atau hubungi  016 632 3330 untuk sebarang pertanyaan.



Sumber Mesti cuba, asam pedas gearbox di Melaka

Post a Comment

Previous Post Next Post