Nafiizwan akhiri kemarau gelaran, juarai Terbuka Manitoba

KUALA LUMPUR: Juara kebangsaan dua kali, Mohd Nafiizwan Adnan akhirnya berjaya menamatkan kemarau gelaran apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Manitoba di Winnipeg, Kanada pada Ahad (Isnin di Malaysia).

Mohd Nafiizwan yang muncul naib juara pada Terbuka Montreal baru-baru ini, melakar kejutan selepas menumpaskan pilihan utama, Campbell Grayson dari New Zealand; 11-6, 7-11, 11-6 dan 11-4 pada perlawanan berlangsung di Kelab Raket Skuasy Winnipeg (WSRC), menurut laman web kejohanan, www.squashmb.org

Kejayaan itu adalah gelaran antarabangsa kedua bagi Mohd Nafiizwan selepas merangkul kejuaraan pada Kejohanan Skuasy Antarabangsa HKFC 2016.

Pencapaian itu juga sudah tentu menaikkan semangat Mohd Nafiizwan yang akan mengetuai cabaran Malaysia pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, bulan depan.

-- BERNAMA



Sumber Nafiizwan akhiri kemarau gelaran, juarai Terbuka Manitoba

Post a Comment

Previous Post Next Post