Nasi Arab ayam masala, RM12 ke rumah anda

Nasi Arab ayam masala menjadi pilihan popular pelanggan Nasi Arab Siti Hawa yang beroperasi dari rumahnya di Bukit Ampang, Selangor. — Foto-foto ihsan Facebook/Nasi Arab Siti Hawa Nasi Arab ayam masala menjadi pilihan popular pelanggan Nasi Arab Siti Hawa yang beroperasi dari rumahnya di Bukit Ampang, Selangor. — Foto-foto ihsan Facebook/Nasi Arab Siti Hawa KUALA LUMPUR, 19 Mac — Buat warga Lembah Kelang yang mahu menikmati nasi Arab yang dihantar ke lokasi anda, boleh cuba Nasi Arab Siti Hawa.

Perniagaan milik Siti Hawa Samsam, 51, yang dijalankan sejak Oktober 2015, kini memiliki pelanggan tetap sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Nasi Arab ini dibuat sendiri ibu saya, dibantu oleh keluarga dan kami anak-anak,” kata anaknya Ahmad Luqman Hakim, 26.

“Resipi dan idea itu dari ibu, alhamdullilah dapat sambutan menggalakkan.”

Kambing masak masala sedang disediakan oleh Siti Hawa Samsam, yang memulakan perniagaan pada 2015. Kambing masak masala sedang disediakan oleh Siti Hawa Samsam, yang memulakan perniagaan pada 2015. Menurutnya, hidangan yang mereka sediakan termasuklah nasi Arab ayam masala, kambing masak beriani dan nasi Arab istimewa.

Nasi Arab ayam masala menjadi menu paling banyak mendapat tempahan peminatnya. Ia berharga RM12 satu set, dengan salad dan tomato.

Nasi Arab kambing masak beriani RM16, manakala nasi Arab istimewa pula RM18.

Bergerak dari kediaman di Bukit Ampang, mereka menerima pesanan minimum 10 set. Tiada caj dikenakan untuk penghantaran sekitar Ampang dan Gombak.

Bungkusan nasi Arab yang siap untuk dihantar kepada pelanggan. Tiada caj tambahan bagi penghantaran di Ampang dan Gombak. Bungkusan nasi Arab yang siap untuk dihantar kepada pelanggan. Tiada caj tambahan bagi penghantaran di Ampang dan Gombak. Luqman berkata caj RM20 hingga RM40 akan dikenakan jika penghantar dibuat ke lokasi lain sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Kuih tradisi seperti karipap, risol inti cendawan, talam pandan, talam cendol, talam pisang dan talam durian juga dijual. Harga kuih serendah RM5.

Beroperasi setiap hari seawal 9 pagi hingga 8 malam, Nasi Arab Siti Hawa juga menyediakan khidmat katering.

Anda boleh rujuk Facebook: Nasi Arab Siti Hawa atau hubungi 019 290 3291 untuk sebarang pertanyaan.



Sumber Nasi Arab ayam masala, RM12 ke rumah anda

Post a Comment

Previous Post Next Post