'Neelofa kekal sebagai Ikon Wanita Negara (TMW18)' - KPWKM

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan laporan media online kononnya selebriti dan usahawan Neelofa digugurkan sebagai Ikon Wanita Negara, lapor mStar Online. 
Dalam kenyataan itu juga, KPWKM turut menafikan terdapat Anugerah Ikon Wanita Negara dan menegaskan Neelofa akan terus kekal sebagai ikon bagi Tahun Memperkasakan Wanita 2018 (TMW18). 
"Pihak kementerian melihat segala sumbangan dan kejayaan yang telah diraih Neelofa sebelum ini dan percaya ia dapat memberi inspirasi kepada wanita untuk terus bergerak lebih jauh dan berdaya saing bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. 
"Kementerian melihat dari sudut yang positif apa yang akan disumbangkan oleh beliau untuk memperkasakan wanita," kata kenyataan itu. 
Terdahulu, Malaysia Gazette melaporkan sebuah kementerian bakal menggugurkan nama Neelofa sebagai penerima anugerah Ikon Wanita. Menurut laman itu, kementerian berkenaan membuat keputusan itu kerana tidak mahu menerima tempias dari kontroversi yang melanda Neelofa baru-baru ini. 

Pada 17 Januari lalu, Neelofa dilantik menjadi ikon TMW18, selain Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Datin Vivy Yusof. Pemilihan tiga ikon ini dipilih sebagai penggerak dan pemaju TMW18 berdasarkan pencapaian mereka dalam bidang masing-masing.
BERITA BERKAITAN: 


Sumber 'Neelofa kekal sebagai Ikon Wanita Negara (TMW18)' - KPWKM

Post a Comment

Previous Post Next Post