PAS bakal bentang alternatif GST dalam manifesto

PAS akan membentangkan alternatif kepada GST dalam manifesto PRU14. — Foto oleh Choo Choy MayPAS akan membentangkan alternatif kepada GST dalam manifesto PRU14. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 11 Mac — Memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak boleh dilaksanakan kerana negara dan ekonomi banyak bergantung kepada hasil itu, kata PAS.

Datuk Iskandar Samad berkata alternatif kepada cukai itu perlu dikemukakan, yang akan diperkenal PAS dalam manifestonya nanti, berbanding janji-janji populis.

“GST tidak boleh dihapuskan tanpa mengemukakan alternatif. Negara ini memperolehi bilion ringgit daripada kutipan cukai itu,” kata naib presiden PAS.

“PAS menemui satu formula sebagai alternatif, tapi pada masa sama tidak akan membebankan rakyat.”

Exco Selangor itu berkata manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) PAS akan dibentangkan dalam masa dua hingga tiga minggu lagi.

Enggan mendedahkan butiran, katanya kenaikan kos sara hidup dan harga hartanah antara isu yang akan diketengahkan.

Baca seterusnya di Malay Mail



Sumber PAS bakal bentang alternatif GST dalam manifesto

Post a Comment

Previous Post Next Post