GENEVA: Konvoi kemanusiaan yang membawa bekalan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi bantuan lain, menangguhkan hasrat untuk memasuki wilayah Syria yang dikepung di Timur Ghouta, hari ini.
Perkara itu dimaklumkan kepada Reuters oleh pegawai PBB di Syria.
"Konvoi tidak dapat meneruskan rancangannya ke Timur Ghouta, hari ini.
"Namun, PBB dan pasukan kemanusiaan akan terus bersiap sedia untuk menghantar bekalan dan bantuan yang diperlukan, sebaik sahaja keadaan mengizinkan," kata pegawai terbabit.
Menurut PBB, konvoi yang disertai 40 trak itu dijadual berlepas ke Douma, iaitu kawasan dikuasai kerajaan berhampiran Damascus, bagi menghantar bantuan makanan, perubatan dan bekalan lain kepada 400,000 penduduk.
Setakat pertengahan Februari lalu, hanya konvoi kecil dibenarkan masuk ke Ghouta bagi menghantar bekalan bantuan kepada 7,200 penduduk. - Reuters
Sumber PBB tangguh misi kemanusiaan ke Timur Ghouta