Pelakon Hollywood belanja RM5.75 juta beli dara

Syarikat Cinderella Escorts mendakwa 3 pembida terakhir juga terdiri daripada ahli perniagaan dari Munich dan pemain bola sepak Manchester United dari London.

Wajah Jasmin disiar dalam laman web Cinderella Escorts.

Seorang pelajar berusia 26 tahun menjual daranya kepada pembida tertinggi pada harga tawaran akhir €1.2 juta (RM5.75 juta).

Jasmin, yang tinggal di London, menjadi tajuk utama media apabila menyertai laman lelongan dara, Cinderella Escorts dengan harapan memperoleh wang tunai untuk memulakan perniagaan sendiri.

Syarikat Cinderella Escorts yang berpangkalan di Jerman mendakwa pembida terakhir itu ”pelakon Hollywood” dari Los Angeles yang mendahului jumlah yang tawarkan oleh ahli perniagaan dari Munich dan pemain bola sepak Manchester United dari London.

Bidaan itu dikatakan berlaku di sebuah hotel pada tahun lalu, menurut Daily Mail.

Jasmin berkata, dia meluangkan masa makan malam bersama ketiga-tiga pembida itu terlebih dahulu dan menghuraikan pengalaman itu sebagai ”menakjubkan”.

“Ibu bapa saya menyokong saya dari awal. Mereka tahu segala-galanya dan bersetuju dengan tindakan saya.

“Saya berusia 26 tahun dan mereka tahu saya cukup dewasa untuk memutuskan apa yang saya lakukan. Ketika saya bertemu dengan pelakon itu saya gementar.”

Jasmin berkata dia tidak menyangka ditawarkan jumlah setinggi itu.

Dalam pada itu, pengasas laman web lelongan Cinderella Escorts, Jan Zakobielski yang berpangkalan di Dortmund, Jerman berkata tawaran Jasmin adalah ”unik” kepada pembeli kerana umurnya.

Pihaknya turut menyertakan sijil doktor untuk mengesahkan keperawanan Jasmin selain membenarkan pembeli juga membawa doktor sendiri untuk membuat pemeriksaan jika perlu.

Zakobielski akan menerima 20% daripada harga akhir akan mengakui secara peribadi akan memastikan keselamatan Jasmin jika dia memutuskan untuk menarik diri daripada transaksi itu.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Pelakon Hollywood belanja RM5.75 juta beli dara

Post a Comment

Previous Post Next Post