KUALA LUMPUR, 26 Mac — Tidak dapat mengecam Tiz Zaqyah, yang terkenal dalam drama Nur Kasih, peminat jadikan Roberto Carlos sasaran mereka pula.
Mereka marah pada pelakon tersebut setelah memuatkan foto berdakapan dengan legenda bola sepak Brazil itu di Instagram semalam.
Namun fotonya bersama Carlos, dilaporkan berada di sini sebagai duta baru penerbangan AirAsia, tidak membenarkan pengikutnya menulis komen.
“Tidak dapat komen gambar kita, dia pergi komen orang lain punya. Tahap dengki itu tinggi betul, so much effort,” coretnya di media sosial itu.
Pengguna media sosial melampiaskan kemarahan pada Tiz, yang sebelum ini digesa menutup aurat, di Instagram milik Carlos dalam bahasa Melayu.
Mereka beranggapan pelakon itu tidak menunjukkan contoh baik sebagai seorang artis wanita beragama Islam.
Digelar “the bullet man” kerana sepakannya yang padu, Carlos turut membantu Brazil menjuarai Piala Dunia 2002.
Bermain untuk Real Madrid, beliau bersama memenangi empat kejohanan La Liga Sepanyol serta Liga Juara-Juara UEFA sebanyak tiga kali.
Sumber Peminat ‘dengki’ Tiz Zaqyah peluk Roberto Carlos