Namun, ada di antara peminat terlalu fanatik dengan aktor bertubuh sasa itu sehingga berani menceroboh privasinya.
Menurut sumber Indiatvnews, baru-baru ini seorang peminat wanita memecah masuk kediaman Salman yang terletak di Bandra, Mumbai.
"Wanita itu memasuki pangsapuri Salman dengan memberikan butiran peribadi di pondok pengawal. Dia juga berjaya berada di depan rumah Salman sehingga alat penggera kediaman itu berbunyi.
"Ketika pihak berkuasa cuba menghalaunya dari premis itu, dia mengatakan Salman ialah suaminya.
"Mujur Salman tidak berada di rumah kerana terikat dengan penggambaran filem Race 3 di Abu Dhabi,” katanya.
Kes kediaman Salman diceroboh peminat bukanlah satu insiden yang memeranjatkan bagi penduduk lain di pangsapuri itu.
Terdahulu, seorang peminat lelaki dilaporkan cuba membuat jalan untuk masuk ke dalam apartmen pelakon itu menerusi bahagian tandas di kawasan bangunan berkenaan.
Peminat itu berjaya melalui sistem keselamatan yang ketat, tanpa disedari pihak pengawal keselamatan. Mujur ada jiran yang menyedari dan segera membunyikan penggera jika tidak dia boleh masuk ke dalam rumah Salman dengan mudah.
Sumber Peminat Wanita Pula Pecah Masuk Rumah Salman Khan