Dia sebelum itu menjaringkan gol penyamaan buat Red Devils, sebelum Nemanja Matic menyumbat gol kemenangan menerusi percubaan jarak jauh untuk memadam pendahuluan 2-0 anak-anak buah Roy Hodgson.
Selepas jaringan ketiga, Mourinho dilihat meminta Lukaku untuk turun menyertai barisan bawah kerana tiga kuota gantian pemain telah digunakan, membuatkan penyerang Belgium itu dilabelkan sebagai “sarjan di atas padang”.
“Dia adalah pemain penting saya,” kata Mourinho menjelang aksi getir bertemu Liverpool, malam ini.“Lukaku merupakan antara pemain yang saya percayai. Saya sukakan sikap dan perwatakannya. Ketika bertemu Palace, tiada apa yang berlaku. Saya melaungkan “pertahanan tengah” kepadanya dan dia beraksi bersama Victor Lindelof dan Chris Smalling di benteng tengah kerana kami kehabisan slot gantian.
“Apabila saya meminta seorang penyerang untuk mengubah posisinya, dia adalah ketua. Perwatakannya adalah sesuatu yang luar biasa.
“Ia bukan sekadar jaringan yang dicatatkan tetapi melibatkan elemen yang dibawa kepada pasukan. Itulah semangat.”
Bagi aksi menentang Liverpool, Eric Bailly dan Marouane Fellaini dijangka kembali menyertai skuad setelah menghabiskan masa dengan isu kecederaan panjang, sebelum ini.
Sumber Perwatakan Lukaku curi perhatian Mourinho