Plug-in: Komputer Riba Siri X Untuk Golongan Profesional!

Plug-in: Komputer Riba Siri X Untuk Golongan Profesional!

Komputer yang dicipta khas untuk golongan profesional. (Gambar: notebookcheck)

Jenama Toshiba terutamanya menerusi produk komputer riba sememangnya dikenali sebagai antara yang berkualiti di pasaran.
 
Daripada penggunaan biasa yang kebanyakannya dipakai oleh pelajar sehinggalah golongan profesional.
 
Semuanya mementingkan kualiti untuk penggunaan komputer riba dalam tempoh jangka masa panjang.

TIGA MODEL DIJANA INTEL GENERASI KELAPAN

Portege X20W-E mempunyai rekaan unik.
Sehubungan itu bagi meneruskan kepercayaan dan permintaan pengguna setianya, Toshiba Singapore Pte Ltd baru-baru ini telah pun melancarkan model baru mereka dikenali sebagai siri X  di bawah segmen Generasi E.
 
Model terbabit adalah TECRA X40-E, Portege X30-E, and Portege X20W-E.
 
Menurut Pengarah Urusan Toshiba Singapura, Mr Wu Tenggou, ketiga-tiga model baharu ini disasarkan untuk pengguna profesional yang mementingkan ketahanan, prestasi hebat dan pada masa sama mahukan rekaan komputer riba yang serba moden.

“Pelancaran peranti terbaru ini membuktikan hasrat kami untuk menyediakan komputer riba terbaik untuk golongan profesional," katanya.

Bagi membolehkan prestasi secara maksima dapat dicapai, komputer riba ini turut dijana cip pemprosesan Intel generasi kelapan.

NAIK TARAF SISTEM KESELAMATAN
 
Bahan binaan kukuh sememangnya kekuatan utama jenama Toshiba
Jelas Tenggou, generasi terbaru ini juga sesuai bagi kegunaan bisnes apabila sistem perlindungan keselamatannya dinaik taraf.
 
Generasi E ini mempunyai perlindungan keselamatan termasuk pengimbas cap jari dikenali sebagai 'SecurePad'.  Fungsi ini terbina pada model baharu Portege dan TECRA.
 
Bagi memaksimakan penggunaan harian, komputer riba ini dilengkapi pelbagai sambungan seperti Thunderbolt 3 Dock , USB Type-C, USB 3.0, port HDMI dan slot memori microSD.
 
Portege X20W-E dibina dengan rekaan nipis iaitu 15.4 millimeter (mm) dan berat 1.1 Kilogram (kg).

Bagi Portege X30-E pula ia dihasilkan senipis 15.9mm dan berat 1.05kg manakala TECRA X40-E 16.9mm dengan berat 1.25kg.
 
Tiga model ini akan berada di pasaran pada suku kedua 2018 dan bagi harga pasarannya masih belum diketahui.

Anda boleh layari laman sesawang Toshiba.



Sumber Plug-in: Komputer Riba Siri X Untuk Golongan Profesional!

Post a Comment

Previous Post Next Post