Plug-in: Peranti Empat Lensa Pada Harga Tidak Masuk Akal

Plug-in: Peranti Empat Lensa Pada Harga Tidak Masuk Akal

Telefon ini terasa lebih premium berbanding jenama lain.

Dua tahun lalu, pengguna telefon pintar agak teruja dengan kehadiran dwi kamera yang digunakan pada gajet tersebut.
 
Bagaimanapun dunia teknologi tidak pernah puas dan sejak akhir tahun lalu, kita diperkenalkan pula dengan penggunaan empat lensa.
 
Tahun ini, jenama Honor membuka tirai dengan kemunculan peranti terbaru mereka iaitu Honor 9 Lite!

LEBIH MENYERLAH, NAMPAK MAHAL
 
Kilauan kerangka Honor 9 Lite seperti cermin.
Kekuatan utama Honor 9 Lite pastinya pada penggunaan empat lensa iaitu dua di hadapan dan dua belakang.

Selain itu, rekaan ala cermin dan berkilau juga menjadi tarikan peranti ini lebih menyerlah berbanding jenama lain.
 
Honor 9 Lite menggunakan paparan definisi penuh (Full HD) pada skrin LCD tanpa bezel bersaiz 5.65 inci.
 
Bagi aspek bahan binaan kerangka pula, peranti ini mengunakan bahan berasaskan kaca pada bahagian depan dan belakang.
 
Penggunaan bahan kaca ini menjadikan ia kelihatan sungguh eksklusif dan nampak mahal biarpun berada dalam kelas pertengahan.

EMPAT LENSA BAGI PENGGAMBARAN LEBIH LENGKAP
 
Dua lensa di bekalang dan dua lagi di hadapan.
Bagi keupayaan kamera pula, Honor 9 Lite dilengkapi dua lensa 13 Megapixel (MP) dan 2MP di hadapan dan belakang yang menjanjikan hasil imej yang jelas.
 
Anda tidak perlu bimbang dengan penggambaran pada waktu malam atau kurang cahaya kerana kamera ini menggunakan teknik ‘multi-frame intergration’ bagi mengurangkan 'noise’ imej.
 
Kamera peranti ini turut dilengkapi mod kecantikan dan penghasilan imej dengan kesan bokeh atau 'Depth of Field’.
 
Peranti ini dikuasakan cip pemprosesan yang sama digunakan pada Huawei Nova 2i dan Honor 7X iaitu Kirin 659.
 
Penggunaan cip ini kemudian dipadankan dengan 3GB RAM dan 32GB storan yang boleh ditingkatkan hingga 256GB.
 
Bateri sebesar 3,000 mAh pada peranti ini pula menjanjikan tempoh penggunaan selama sehari walaupun dengan tugas yang berat.

HANYA DI SHOPEE
 
Hanya di Shopee 9 Mac ini guys!
Peranti ini mula dijual secara eksklusif di platform eDagang terkemuka Asia Tenggara dan Taiwan iaitu Shopee.
 
Didatangkan dengan dua variasi warna iaitu Sapphire Blue dan Glacier Gray, Honor 9 Lite dijual pada harga promosi yang tidak masuk akal iaitu RM699 menerusi Shopee 'Shocking Sale’ pada 9 Mac ini.
 
Harga jualan runcit pula adalah RM749. Namun, anda terpaksa tunggu sehingga jualan eksklusif di Shopee berakhir.

Dengan spesifikasi yang ditampilkan, Honor 9 Lite menjadi peranti kelas pertengahan termurah ketika ini.
 



Sumber Plug-in: Peranti Empat Lensa Pada Harga Tidak Masuk Akal

Post a Comment

Previous Post Next Post