PRU14: PAS terlalu lama di Kelantan, Ibrahim Ali ramal BN menang

BN ada kelebihan dalam perlawanan di Kelantan kerana pertandingan 3 penjuru dengan PAS dan Amanah.

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) berpotensi merampas Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum Ke-14 (PRU14) nanti, kata Datuk Ibrahim Ali.

Presiden Perkasa itu merasakan pertandingan 3 penjuru di negeri itu akan menyebabkan sokongan rakyat Kelantan berpecah antara PAS, Amanah dan BN.

“Memandang kepada situasi kini, BN mendahului kerana dalam pertandingan 3 penjuru, undi PAS ditarik oleh Amanah,” kata pada sidang media di ibu pejabat NGO itu hari ini.

Dalam 28 tahun PAS memerintah Kelantan sejak 1990, BN hampir merampas Kelantan pada 2004 dengan perbezaan 2 kerusi DUN.

PAS sekali lagi membentuk kerajaan pada PRU13 selepas memenangi 32 daripada 44 kerusi DUN.

Namun Ibrahim merasakan pengundi Kelantan “bosan” dengan kepimpinan PAS yang dilihat gagal memberikan perkhidmatan yang baik.

“Manifesto PAS saya baca sekali sahaja saya tahu dah retorik sahaja. Tengok sahaja janjinya, sebelum ini nak buat jambatan merentasi Sungai Kelantan yang menghubungkan Kota Bharu dengan Tumpat, tidak jadi. Projek Pelabuhan Darat Kuala Krai? Tidak jadi. Sana sini tidak jadi.

“Bersyarah sahaja. Kes hudud pun tidak selesai jadi jangan buang masa,” katanya.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber PRU14: PAS terlalu lama di Kelantan, Ibrahim Ali ramal BN menang

Post a Comment

Previous Post Next Post