SUSULAN tular berita seorang wanita yang menduakan suaminya kerana curang bersama pengasas produk, kali ini tersebar pula kenyataan permohonan maaf yang dikatakan dibuat oleh si isteri itu.
Menerusi permohonan maaf yang kini tular itu, wanita yang dikenali sebagai Wan Atirah Wan Malek itu berkata dia mengambil iktibar atas apa yang berlaku selain menganggap setiap apa berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Tambah wanita itu lagi, apa yang menimpa dirinya dan suami adalah satu ujian bagi membuka fikiran dan hati mereka untuk lebih matang seterusnya meminta orang ramai mendoakan terbaik buat rumah tangganya.
Bagaimanapun, semakan tinjauan Mynewshub mendapati ramai yang mengatakan entri yang tular itu sebenarnya dibuat menerusi akaun palsu malahan cerita tersebut mungkin boleh dipertikaikan kesahihannya.
Malah, terdapat juga segelintir masyarakat yang mengatakan wanita itu sengaja memuat naik gambar lama hanya untuk menagih simpati setelah dikutuk dan dicemuh dengan teruk oleh netizen.
Tidak terhenti di situ, ada juga yang menyifatkan serta mengaitkan hal berkenaan sebagai salah satu teknik pemasaran untuk melariskan lagi produk jualannya pula.
“Kau yang bergambar dengan jantan muka bangla tu. Siapa yang buka aib siapa. Cakap jangan akal pendek cik kak. Baik buruk jahat ke suami tu ,dia tetap suami kau yang sah,”ujar Shafiq Anuar Hassan.
“Fake account la. Tak payah komen,” komen Mohd Sharizan Hj Shamsul.
“Publisiti murahan. Nak lariskan produk dan naikkan rating followers. Macam taik,”kata Mohd Idzuddin Mazli.
“Tudung tapi curang perempuan jenis apa ni???” kata Eason Daniel.
Pun begitu, perkara yang hangat dibincangkan di ruang maya ini masih belum dapat dipastikan kesahihannya lai.
Apapun, pada pendapat kami masalah dalaman rumah tangga sebegini adalah lebih elok jika tidak diuar-uarkan kepada umum.
Tambahan pula, hal sebegini melibatkan aib semasam pasangan suami isteri. Semoga permasalahan ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Insya-Allah.
Sumber: MYNEWSHUB.CC/AM
Sumber “Publisiti murahan. Nak lariskan produk dan naikkan rating followers. Macam taik” – Isteri curang sudah kembali ke pangkal jalan, betul ke?