Pulih serangan migrain

Sakit kepala yang paling umum, migrain lazimnya dicetuskan oleh beberapa rutin atau cara hidup yang tidak serasi dengan kita.

Sakit kepala jenis migrain sering kali menganggu rutin harian kita. Menurut portal MyHealth, sakit migrain juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’ adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja.

Jadi bagaimana kita meredakan sakit migrain ini? Jom ikuti beberapa kaedah praktikal yang mungkin boleh memberi kelegaan dalam jangka panjang.

Pantau penyebab

Migrain boleh dicetuskan oleh pelbagai faktor persekitaran, dari makanan tertentu hingga minyak wangi. Catit apa yang anda lakukan atau makan sebelum migrain. Dengan cara ini kita boleh pantau corak yang boleh dielakkan pada masa akan datang. Pencetus makanan yang lazim ialah produk yang mengandungi monosodium glutamat, daging yang mengandungi natrium seperti bakon dan salami, keju tertentu, ikan kering dan barangan yang dibakar. Alkohol, tekanan secara tiba-tiba, bunyi yang kuat, cahaya lampu terang dan merokok juga boleh menjadi faktor risiko migrain.

Ambil ubat, tetapi bukan banyak

Bagi masalah migrain yang ringan, ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau aspirin boleh membantu. Untuk migrain yang kuat, ubat preskripsi utama yang lazimnya disyorkan adalah triptans. Sekiranya ia tidak membantu, cuba alternatif lain. Kajian menunjukkan 30-40% penghidap migrain tidak bertindak balas kepada triptan pertama, mereka mungkin bertindak balas terhadap ubatan lain. Apapun, semua ubat sakit perlu diambil dengan berhati-hati. Dapatkan nasihat doktor.

Kekalkan rutin

Jika anda menderita migrain, otak anda sensitif terhadap perubahan alam sekitar. Ia termasuk faktor luaran seperti bunyi bising dan dalaman seperti perubahan hormon, yang dianggap sebagai mengancam sehingga menyebabkan kesakitan. Sekiranya menyelaras rutin harian anda, bermula dengan waktu tidur hingga waktu makan malam, bersenam dan tidur, ia berkemungkinan besar dapat mencegah serangan.

Amalan bermeditasi untuk menenangkan fikiran boleh membantu mengelakan serangan migrain akibat tekanan.

Cuba suplemen

Adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor anda sebelum mencuba apa-apa perubatan atau pengambilan suplemen yang baru. Kajian menunjukkan pemakanan tambahan seperti magnesium, vitamin B2 dan koenzim Q10 mempunyai potensi untuk menghalang serangan migrain pada sesetengah pesakit. Satu kajian terhadap 31 pesakit migrain yang mengambil koenzim Q10, yang mengurangkan kerosakan kepada sel-sel yang disebabkan oleh alam sekitar dan faktor-faktor lain. Manakala 19 orang mendapati hari migrain mereka berkurangan sebanyak separuh.

Senaman ringan

Penyelidikan menunjukkan latihan aerobik yang ringan, seperti jogging, berenang, menari atau berbasikal selama 30 minit, 3 kali seminggu, mengurangkan kekerapan dan kedalaman serangan migrain pada sesetengah pesakit. Senaman mendorong tubuh menghasilkan bahan kimia penahan yang dikenali sebagai endorfin. Bagaimanapun, pastikan makan dan minum sebelum bersenam, untuk mengelak sebarang pencetus migrain yang berpotensi seperti paras gula darah rendah atau dehidrasi dan cuba amal senaman regangan selama 10 minit sebelum dan selepas itu untuk mengelakkan ketegangan otot.

Elak kafein

Kafein juga pencetus migrain yang paling umum, terutamanya jika anda selalu konsumsinya. Ia boleh merangsang sakit kepala yang seterusnya mencetuskan pusat migrain otak. Pakar menasihatkan pengehadkan pengambilan kafein anda untuk hanya 200mg sehari, iaitu satu cawan kopi bersaiz sederhana.



Sumber Pulih serangan migrain

Post a Comment

Previous Post Next Post