Catherine Rose Holzman, 89 tahun adalah salah seorang daripada rahib yang mencabar penjualan gereja itu di mahkamah Los angeles, lapor saluran televisyen Fox.
"Kepada Katy Perry, tolong hentikan (pembelian). Ia tidak membantu sesiapa sebaliknya melukakan hati banyak pihak," Holzman dipetik berkata kepada wartawan sewaktu memasuki mahkamah.
Semalam sebuah laman web yang memihak kepada kumpulan rahib terbabit memaparkan gambar Holzman dengan tulisan, "Berehatlah wahai bidadari yang kami hargai."Namun tiada sebarang komen dari jurucakap Perry mahupun pihak polis mengesahkan mengenai punca kematian.
Sisters of the Immaculate Heart of Mary, gereja yang menjadi pertikaian pernah dihuni oleh Holzma sebelum ini.
Holzman dan empat rakannya yang lain sedang cuba untuk menjual gereja terbabit dengan harga AS$15.5 juta kepada seorang pengusaha restoran yang mahu mengubahsuai gereja itu kepada sebuah hotel.
Bagaimanapun penjualan itu dihalang pada 2015 dan membuka ruang kepada Perry untuk membelinya.
Sumber Rahib rebah, meninggal dunia dalam cubaan halang Katy Perry beli gereja