Rashid Sibir mengeluh, industri pinggirkan pengarah ‘otai’

Pengarah Rashid Sibir mengeluh golongan 'otai' sepertinya semakin dilupakan. — Foto ihsan Instagram/rashidsibirPengarah Rashid Sibir mengeluh golongan 'otai' sepertinya semakin dilupakan. — Foto ihsan Instagram/rashidsibirKUALA LUMPUR, 10 Mac — Pengarah Rashid Sibir mengeluh golongan ‘otai’ sepertinya semakin dilupakan bagi menghasilkan drama atau telefilem bermutu.

Hanya menerima dua tawaran projek drama tahun ini, Rashid berkata peluang lebih banyak diberi kepada pengarah muda untuk berkarya, lapor Berita Harian.

“Saya adalah antara pengarah ‘otai’ yang makin dilupakan. Kebanyakan penyiar memilih pengarah baharu menghasilkan drama,” kata sutradara drama Tanah Kubur.

“Saya faham, mereka perlu mencari cara untuk mendapatkan rating. Tetapi saya percaya, cara ini akan memusnahkan industri.”

Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia 1997 itu berkata sebagai pengkarya yang lama bergiat dalam industri, beliau mahu menghasilkan sesuatu karya terbaik berdasarkan ilmu dan kreativiti.

“Tapi sayangnya, industri tempatan tidak dilihat seperti itu,” katanya menafikan cemburu atau memandang rendah kebolehan pengarah muda.

Kini beliau menjual produk pelangsing badan atas talian dan membuka kafe ‘Opera Klasik’ di Rawang bagi menambah pendapatan keluarga.

Katanya nasib sama turut dialami pelakon lama ekoran kehadiran pelakon muda dalam industri namun masih berharap diberi lebih peluang.



Sumber Rashid Sibir mengeluh, industri pinggirkan pengarah ‘otai’

Post a Comment

Previous Post Next Post