Sejak beberapa hari lalu nama aktres jelita beranak dua itu kembali menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik foto di lnstagram, yang memaparkan dirinya bertemu dengan madu teman baiknya itu. Foto tersebut disertakan dengan kapsyen, 'Saya pernah jadi isteri seperti dia.'
Menurut laporan BH online, Rita berkata dia tidak berniat mengguris hati sesiapa apabila dilihat berbaik dengan Intan.
Sebaliknya pertemuan itu atas permintaan Intan yang mahu mendapatkan pandangan daripadanya mengenai hal berkaitan tuntutan yang harus dilakukan di Mahkamah Syariah.
"Saya berkawan baik dengan Nazia Mustafar sejak masih bujang. Secara kebetulan, Nazia adalah biras kepada Intan. Kakak Intan, Roza Saleh yang juga seorang penyanyi, sudah lama saya kenal.
"Intan minta Nazia aturkan pertemuan dengan saya. Dia mahu meminta tip dan pandangan terhadap tuntutan yang harus dilakukan di Mahkamah Syariah kerana dia tidak berpengalaman.
"Saya hanya berkongsi pengalaman turun naik mahkamah selama bertahun-tahun," jelasnya yang turut mengaku ia merupakan pertemuan kali keduanya dengan Intan.
..
Rita juga berkata dia tidak kisah dengan tuduhan netizen yang menganggapnya menikam belakang kawan baiknya, Izreen.
"Bukan prinsip dan cara saya menikam belakang kawan. Saya tidak malu menegur jika kawan baik membuat kesilapan. Bagaimanapun, saya sudah menjelaskan pendirian saya kepada Izreen.
"Saya bersimpati dengan Intan kerana pernah melalui penderitaan yang sama. Kami ditinggalkan ketika anak-anak masih kecil. Nasib saya mungkin lebih teruk apabila mengusung perut yang sarat mengandung anak kedua ketika ke mahkamah," katanya.
Dalam pada itu Rita juga mengakui sesetengah rakan artis mula memandang serong terhadapnya sejak dirinya terkait dengan kontroversi itu.
"Diakui, saya terbeban apabila menerima serangan netizen tanpa pembelaan. Ketika itu, Nazia menghulur tangan mahu membantu membersihkan nama saya.
"Nazia mengatur pertemuan dengan Intan dan keluarganya. Dia mahu saya menjelaskan kedudukan sebenar.
"Seperti yang dinyatakan, saya sudah menasihatkan Izreen, ambil hak orang, kena mengalah. Tetapi nasihat saya bagaikan mencurah air di daun keladi," katanya.
Kontroversi pernikahan Izreen, 32, dengan pemuzik bebas itu kembali diperkatakan apabila Ude memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur ke atas Intan, 33, pada 30 November lalu.
Pada 22 Mac ini, Ude, 30, dijangka melafazkan talak selepas Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli Jamaludin, menetapkan tarikh itu ketika prosiding, baru-baru ini.
Izreen dan Mohammad Radzi Abdul Wahid atau Ude berkahwin secara senyap pada 8 Ogos tahun lalu.
Sumber Rita Simpati Dengan Intan, Tiada Niat Khianati Izreen