Pelakon berusia 33 tahun itu menegaskan dia bersedia mengambil risiko dalam setiap tawaran yang diterimanya.
“Saya suka bawa watak yang lebih berjiwa dan mencabar. Saya yakin karier lakonan akan lebih berkembang jika dapat peranan sebegini.
“Kalau terikat dengan filem cinta saja, sudah tentu kanvas seni saya tidak akan berwarna-warna,” katanya.
Menurut Sidharth, sepanjang lima tahun mencipta nama dalam industri filem Bollywood, dia sentiasa dahagakan pembaharuan dalam setiap karakter yang dibawakan.
“Menjadi aktor yang versatil di India adalah satu trend kerana tiada seorang pelakon pun yang mahu dikenali hanya satu peranan atau filem tertentu.
“Justeru, saya mahu mencabar diri untuk melakukan watak yang tidak pernah saya lakukan. Saya mahu keluar dari ruang selesa,” katanya.
Sumber Sidharth sedia cabar diri