Suami Ziana Zain Didakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Dera Anak

Suami Ziana Zain Didakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Dera Anak

Didakwa cederakan anak. (Pic: Berita Harian)

Suami penyanyi lagu Madah Berhelah Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya, 25 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan, Armin yang kini tidak berkerja didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, pada jam 4 pagi, 25 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.

Armin,53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Dakwa rotan tujuan mengajar anak mengaji dan bersolat.

Terdahulu, Armin ketika membuat rayuan, memaklumkan perbuatan itu dilakukan dengan tujuan mengajar anaknya itu mengaji dan bersolat.

“Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat, tetapi dia tidak faham dan bebal.

“Saya bertanggungjawab terhadap empat anak selain mempunyai emak yang sakit dan perlu menghantarnya ke hospital,” katanya.

Raja Noor Adilla kemudiannya menurunkan jumlah jaminan daripada RM10,000 kepada RM5,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun, bekas pramugara itu tidak mempunyai penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi dan kes disebut semula 4 April ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, laporan polis itu dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan pada Jumaat lalu.



Sumber Suami Ziana Zain Didakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Dera Anak

Post a Comment

Previous Post Next Post