Tahajud, puasa amalan wanita sihat usia 100 tahun

Jemaah lelaki sedang solat Jumaat di sebuah masjid di Kuala Lumpur. Seorang warga emas di Kuantan kekal solat walau usia mencecah 100 tahun. — Foto oleh Choo Choy May Jemaah lelaki sedang solat Jumaat di sebuah masjid di Kuala Lumpur. Seorang warga emas di Kuantan kekal solat walau usia mencecah 100 tahun. — Foto oleh Choo Choy May KUANTAN, 27 Mac ― Wanita berusia hampir 100 tahun mendedahkan beliau kekal sihat dengan melakukan tahajud dan berpuasa sunat.

Bebas penyakit kronik, Wok Osman tidak memilih makanan tertentu tetapi makan sedikit sahaja untuk kekal sihat, lapor Berita Harian

Memiliki penglihatan baik dan daya ingatan cerdas, beliau berpuasa setiap Isnin dan Khamis, selain tidak mengabaikan solat lima waktu. 

“Mak cik tiada rahsia pemakanan, makan apa sahaja yang anak beri. Cuma mak cik makan dalam sedikit sahaja,” katanya, yang mempunyai 12 anak.

Mendakwa berusia 100 tahun 15 April ini, wanita itu yang menetap di Tanjung Api di sini mengenali semua anak dan sebahagian besar daripada 60 cucunya. 

Namun beliau mengalami masalah sendi dan terpaksa dipapah untuk mengambil wuduk dan juga duduk di kerusi roda.



Sumber Tahajud, puasa amalan wanita sihat usia 100 tahun

Post a Comment

Previous Post Next Post