JANGAN ingat senang nak masak ketam sekarang ni. Silap-silap jari anda yang boleh terluka bukan kerana disepit tetapi dihiris pisau.
Tak tahulah apa yang terjadi kepada ketam berkenaan selepas itu. Masih hidup atau dah dijadikan sajian di atas meja.
Sumber Tak rela jadi santapan, ketam pertahan diri dengan pisau
Kedengaran macam tak masuk akal tapi ini benar –benar berlaku dan videonya boleh anda saksikan sendiri di Youtube.
Memetik laporan portal metro.co.uk video mencuit hati ini dirakam di Malaysia. Ia menunjukkan seekor ketam di dalam sinki mengangkat sebilah pisau dengan sepitnya seolah-olah perwira yang pantang dicabar.
Seorang lelaki yang dipercayai tukang masak kemudian mengacah ketam itu dengan sebilah lagi pisau menjadikan ia kelihatan seolah olah adegan lawan pedang.Apa yang melucukan di akhir video ketam itu melepaskan pisau sebelum mengangkat kedua-dua sepitnya seolah-olah menyerah diri.
Tak tahulah apa yang terjadi kepada ketam berkenaan selepas itu. Masih hidup atau dah dijadikan sajian di atas meja.
Sebenarnya ini bukan video pertama yang dinuatnaik di YouTube mengenai ketam ‘menggenggam’ pisau ini.
Sekitar dua tahun lalu beberapa video ketam mengacah-acah pisau seperti gengster kepada individu yang merakam videonya pernah tular.
Sumber Tak rela jadi santapan, ketam pertahan diri dengan pisau
Tags:
Gaya Hidup AA+