Ramai yang menganggap Datin Paduka Eina Azman seorang isteri yang bertuah kerana dimanjakan oleh suami penuh dengan kemewahan. Cakaplah apa sahaja, pasti permintaannya akan ditunaikan.
Kini mereka berdua sedang menikmati percutian di Itali pula dan sempat berkunjung ke Venice yang terkenal sebagai kota romantis dengan pemandangan indah. Memang sesuailah untuk pasangan suami isteri melakar memori indah di sana.
Eina juga sempat berkongsi saat manis bersama suami tercinta di akaun Instagramnya. Namun, foto mereka bercumbu di atas gondola mendapat kritikan daripada netizen.
Meskipun sudah mempunyai ikatan yang sah, netizen berpendapat foto seperti itu agak tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum. Kurang sopan dan tidak perlu untuk terlalu menayang kemesraan bersama.
Walaubagaimanapun, tidak semua yang mengecam Eina. Ada juga yang memberikan komen positif dan mendoakan kebahagiaan mereka suami isteri kekal sehingga ke akhir hayat.
Sumber Tayang gambar bercumbu dengan suami di Venice, Eina Azman dikecam