Teh tarik 20 sen jika singgah di gerai ‘tauke gila’

Gerai Pak Usop di Taman Pelangi di Jalan Kuala Kedah menyediakan promosi teh tarik berharga 20 sen segelas. — Foto ihsan Facebook/Ariana MikhGerai Pak Usop di Taman Pelangi di Jalan Kuala Kedah menyediakan promosi teh tarik berharga 20 sen segelas. — Foto ihsan Facebook/Ariana MikhKUALA LUMPUR, 29 Mac — Jika anda ingin merasai teh tarik semurah 20 sen boleh singgah di Gerai Pak Usop di Taman Pelangi di Jalan Kuala Kedah.

Rata-rata pengunjung terkejut segelas teh tarik semurah itu kerana sepatutnya boleh mencecah RM2 segelas di sesetengah tempat, lapor Harian Metro.

Pemiliknya Ahmad Thalhaah Ahmad Sabri, 36, pula dianggap “tauke gila” oleh rakan rapat dan pelanggannya disebabkan harga tersebut.

“Sebenarnya harga istimewa ini adalah hadiah kepada pelanggan setia yang banyak menyokong perniagaan saya selama ini,” katanya.

Jualan teh tarik boleh mencecah 300 gelas setiap hari sejak awal tahun lalu, disediakan tanpa gula atau perisa tambahan selama tiga jam, bermula 6 pagi.  

Beliau berkata gerainya menjadi tumpuan ramai pada waktu itu khususnya kakitangan awam dan penduduk tempatan dan promosinya hingga hujung tahun ini.

“Malah, pada setiap Rabu, kita membenarkan pelanggan membeli teh tarik pada harga (20 sen) ini untuk dibawa pulang dengan bekas sendiri,” katanya.



Sumber Teh tarik 20 sen jika singgah di gerai ‘tauke gila’

Post a Comment

Previous Post Next Post