Tempoh reman suspek liwat dilanjutkan

KUANTAN: Tempoh reman suspek kes penderaan seksual termasuk liwat ke atas pelajar sebuah maahad tahfiz swasta di Bukit Bay Route di sini dilanjutkan tujuh hari lagi bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superitendan Kama Azural Mohamed, perintah reman berkenaan itu dikeluarkan oleh Majistret Khairul Bahriah di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini ke atas lelaki berusia 41 tahun itu.

"Permohonan ini adalah bagi melengkapkan siasatan berkaitan kes berkenaan dibawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, suspek yang juga sukarelawan di maahad itu ditahan polis selepas pihak pengurusan maahad tahfiz membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, pada 12 Mac.
 
Lelaki berkenaan dipercayai meliwat enam pelajar berusia antara 14 hingga 17 tahun, yang dipercayai berlaku sejak Disember tahun lalu.

Suspek yang juga kerap memberi bantuan barangan keperluan dan pakaian di situ, dipercayai turut melakukan gangguan seksual terhadap 21 pelajar berusia antara 10 hingga 17 tahun.

BACA: Enam pelajar tahfiz diliwat penderma

BACA: Dakwaan liwat: 'Saya kecewa, penderma dah seperti ahli keluarga'- Pemilik maahad tahfiz

BACA: Mangsa penderaan seksual dan liwat diberi kaunseling - Pengetua

Kejadian itu dipercayai berlaku sejak Ogos tahun lalu namun terbongkar selepas seorang tenaga pengajar di situ melihat suspek cuba masuk ke dalam selimut salah seorang mangsa yang sedang tidur di asrama berkenaan bulan lalu.



Sumber Tempoh reman suspek liwat dilanjutkan

Post a Comment

Previous Post Next Post