'Tolong viralkan, adik Rayyan perlukan dana RM250K untuk jalani pembedahan pemindahan hati'

"Adik Rayyan perlukan dana RM250K untuk biayai kos pembedahan pemindahan hati," demikian tulis Liana (@nrfzliana) yang meminta orang ramai membantu anak saudaranya yang menghidap masalah kerosakan hati. 
"Ini anak saudara saya, Muhammad Rayyan Aqasyah, 2 tahun 7 bulan. Dia menghidap penyakit Biliary Atresia (masalah kerosakkan hati)," tulisnya. 
Menurutnya, adik Rayyan memerlukan dana bantuan dari orang ramai sebanyak RM250,000 seperti yang dinyatakan dalam surat yang disertakannya bagi membayar kos pembedahan pemindahan hati yang akan dilakukan di China, selepas raya.  
Tambah Liana, pembedahan itu terpaksa dibuat di luar negara selepas disarankan oleh sebuah pusat perubatan berikutan tiada tenaga kepakaran berkaitan di Malaysia. 
"Sebab Malaysia tiada pakar. Rayyan dah dirujuk ke Selayang - PPUM. PPUM yang cadangkan buat di China. Ingat kami yang suka-suka buat keputusan ke? Kan ada disertakan salinan surat dari PPUM, bacalah," balasnya menjawab persoalan dari netizen. 


Difahamkan, adik Rayyan yang menghidap penyakit tersebut sejak dari kecil lagi dan memang selalu berulang alik ke hospital. 
Rayyan kini berada di Hospital Muar, kerana terjatuh dan patah kaki dalam kejadian kelmarin. 
Justeru, Liana merayu kepada mana-mana individu atau pihak tampil membantu anak saudaranya itu dengan menghulurkan sumbangan ke akaun di bawah nama Muhd Luqman Haqeem bin Misman (Maybank) 501084404636.
Semoga dipermudahkan segala urusan adik Rayyan dan keluarga.


Sumber 'Tolong viralkan, adik Rayyan perlukan dana RM250K untuk jalani pembedahan pemindahan hati'

Post a Comment

Previous Post Next Post