Upin Ipin Bakal Buat Penampilan Eksklusif Di China

Upin Ipin Bakal Buat Penampilan Eksklusif Di China

Satu pencapaian membanggakan bagi rakyat Malaysia. (Gambar: YouTube)

Watak Upin Ipin sememangnya antara watak kartun paling popular dan berpengaruh dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.
 
Bukan saja kanak-kanak, adakalanya golongan dewasa juga memintai siri kartun ini.
 
Dengan watak yang comel dan kisah jenaka yang bersifat lokal, tidak hairanlah watak ini amat popular.
 
Malah populariti Upin Ipin ini sudah menjangkau ke negara jiran, Indonesia.

BUKA TAMAN TEMA DI XIAN
 
Xian, China adalah lokasi pembangunan taman tema berkenaan.
Tidak cukup dengan Indonesia, nampak gayanya Upin Ipin tidak lama lagi akan menguasai negara China.
 
Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. (Les’ Copaque) memaklumkan bahawa taman tema Upin Ipin bakal dibuka di enam wilayah China tidak lama lagi.
 
Pengarah Urusannya, Burhanuddin Md Radzi menerusi Harian Metro berkata, pihaknya telah menerima permintaan daripada pihak China untuk membuka taman terbabit di Xian.
 
Biarpun taman pertama di Xian masih belum siap, namun pihak berkenaan sudah menunjukkan minat untuk membawa konsep Upin Ipin.
 
Selain Upin Ipin, Les’ Copaque. Turut membawa beberapa lagi karakter di bawah penerbitannya.

UPIN IPIN DENGAN SUNTIKAN BUDAYA CINA
 
Penampilan Upin Ipin mungkin berlainan sedikit jika dibawa ke China.
Bagi memastikan karakter Upin Ipin diterima dengan lebih mudah oleh penduduk China khususnya, Les’ Copaque turut berhasrat untuk memasukkan eleman budaya cina.
 
Suntikan budaya dan ciri tempatan ini pastinya menarik perhatian penduduk di sana.
 
Difahamkan, nilai pembangunan taman tema berkenaan  mencecah AS$4 bilion (RM15.7 bilion).
 
Taman tema itu juga mempunyai keluasan 5.7 kilometer persegi.
 
Projek tersebut dijangka bermula pertengahan tahun ini dengan tempoh pembinaan selama tiga tahun.
 
Berkemungkinan taman tema ini siap sepenuhnya pada 2021.



Sumber Upin Ipin Bakal Buat Penampilan Eksklusif Di China

Post a Comment

Previous Post Next Post