Nama itu ditetapkan sempena mengenang jasa jaguh berbasikal bertaraf dunia yang berasal dari Dungun itu dan membangkitkan semangat supaya sukan berbasikal berterusan melakar kecemerlangan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar berkata, Velodrom tersebut akan dibina mengikut piawaian antarabangsa.
"Dari segi spesifikasi teknikalnya Velodrom ini akan mempunyai trek utama sepanjang 333 kilometer."Rekabentuk diambil dari rekaan "roubaix" yang membolehkan laluan masuk dari lebuhraya terus ke velodrom.
"Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melihat rekabentuk yang terbaik untuk membolehkan perlumbaan dari lebuhraya tamat di dalam velodrom," katanya selepas menyempurnakan acara meletak batu asas tapak velodrom berkenaan, di Balai Besar, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pembinaan projek berkenaan dijangkakan siap pada penghujung 2019.
"Tender akan dikeluarkan sebelum Hari Raya Aidilfitri atau selepas itu dan kerja pembinaan akan dimulakan selepas itu.
"Kerja pembinaan dijangkakan mengambil masa selama 18 bulan.
"Sebaik sahaja siap, kementerian belia dan sukan akan menaja satu perlumbaan bertaraf antarabangsa di velodrom ini,"katanya.
Sumber Velodrom Azizulhasni Awang bernilai RM12 juta