Vida sakit hati, kena tipu projek RM11 juta

Hasmiza berkata studio itu akan beroperasi selepas Aidilfitri ini dan program keagamaan terbitannya bakal dilangsungkan di sana. — Foto oleh Choo Choy MayHasmiza berkata studio itu akan beroperasi selepas Aidilfitri ini dan program keagamaan terbitannya bakal dilangsungkan di sana. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 12 Mac — Datuk Seri Hasmiza Othman berasa kesal selepas ditipu kontraktor dalam projek bernilai RM11 juta, lapor Harian Metro.

Hasmiza yang mesra disapa Vida berkata kontraktor itu diberi tanggungjawab mengubahsuai studionya yang dijadual siap tahun lepas.

“Sakitnya hati saya. Saya terpaksa menanggung kerugian RM11 juta selepas ditipu kontraktor berkenaan.

“Padahal, studio itu sepatutnya siap pada September tahun lalu dan program Gegar Vaganza juga patut dilangsungkan di situ.

“Saya terpaksa mencari orang lain untuk menyelamatkan projek berkenaan dan menukar kontraktor. 

“Insya-Allah selepas raya nanti, studio itu akan beroperasi dan program keagamaan terbitan saya bakal dilangsungkan di sana,” katanya. 



Sumber Vida sakit hati, kena tipu projek RM11 juta

Post a Comment

Previous Post Next Post