Video: “Dah la lawan arus, langgar pulak kereta orang” – Pemandu kereta Mercedes didakwa lawan arus hingga jalan jadi sesak

Semalam telah tular satu video yang mana sebuah kereta model Mercedes telah memandu melawan arus sehingga menyebabkan jalan menjadi sesak apabila pemandu terbabit tidak mahu mengalah walaupun menyedari dia sedang melawan arus.

Video: "Dah la lawan arus, langgar pulak kereta orang" - Pemandu kereta Mercedes didakwa lawan arus hingga jalan jadi sesak

Video: “Dah la lawan arus, langgar pulak kereta orang” – Pemandu kereta Mercedes didakwa lawan arus hingga jalan jadi sesak

Video yang sempat dirakam beberapa orang pelanggan yang sedang makan di sebuah kafe berdekatan menunjukkan pemandu terbabit sengaja memandu melawan arus dan tidak mahu mengalah walaupun telah dinasihatkan supaya berundur.

Menurut perakam video tersebut, jalan itu adalah jalan sehala. Namun pemandu berkenaan tetap berdegil dan tetap ingin bergerak ke hadapan dan menyalakan lampu tinggi beberapa kali.

“Sekarang sebuah kereta memandu melawan arus yang mana jalan ini sebenarnya jalan sehala. Nampak tak?” kata wanita yang merakam video tersebut sambil menunjuk beberapa buah kereta di belakang Perodua Bezza.

Pemandu Bezza tidak dapat berbuat demikian kerana di belakangnya ada banyak kereta dan mereka berada di laluan yang betul.

Berang dengan keadaan itu, pemandu Mercedes itu kemudian bertindak melanggar kereta Bezza itu sebanyak dua kali menyebabkan bampar depan kereta mangsa mengalami kerosakan.

Orang ramai meminta pemandu mangsa tidak tunduk kepada tindakan tidak bertanggungjawab pemandu Mercedes berkenaan dan menasihatkannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu dalam kenyataan pemandu Bezza, Insanull Adam, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10.57 malam dan laporan polis telah dibuat.

“Terima kasih kepada semua. Saya pemandu kereta Bezza putih. Laporan polis telah pun dibuat dan kes masih di bawah siasatan polis.

“Kejadian berlaku pada jam 10.57 malam, kereta itu telah masuk ke jalan sehala (melawan arus). Tiada pergaduhan dan pertengkaran.

“Semasa kejadian, ramai pelanggan D.U Cafe yang membantu saya dari semua aspek. Terima kasih. I can see a good movement of society,” katanya.


Video: Cili Potong

Via: SK


Sumber Video: “Dah la lawan arus, langgar pulak kereta orang” – Pemandu kereta Mercedes didakwa lawan arus hingga jalan jadi sesak

Post a Comment

Previous Post Next Post