Tindakan usahawan kosmetik, Nur Sajat yang memuat naik luahan merujuk kepada status “single” ataupun bujang mencetuskan tanda tanya dikalangan netizen adakah hubungan beliau dengan kekasih, Coach Yin sudah tamat?
Malah, Coach Yin juga memuat naik foto beserta status yang merujuk kepada seseorang yang berperasaan terlalu ego.
Tentu sekali, kedua-dua status itu mendapat perhatian netizen dan pelbagai spekulasi yang timbul. Ada yang “bersyukur” pasangan ini tidak lagi bersama memandangkan status jantina Nur Sajat yang masih diragui oleh sesetengah pihak.
Namun, Coach Yin menerusi sebuah video di akaun Instagramnya memberitahu semua yang berlaku adalah lakonan semata-mata dan mereka hanya sekadar mahu melihat reaksi netizen.
Walaubagaimanapun, lain pula yang dikatakan oleh Sajat. Beliau mengakui putus cinta dengan Coach Yin selama beberapa hari, tetapi dek kerana kasih mereka yang masih membara, pasangan ini membuat keputusan untuk “rujuk” semula.
Wah, betapa utuhnya cinta Sajat dan Coach Yin kan? Kalah FattZura. Biarlah badai melanda, kecaman ataupun apa sahaja, mereka akan tetap bersama. Sebelum ini Sajat ada mengatakan beliau sudah bersedia untuk berkahwin, jadi bila tarikhnya? Heh..
Sumber: BN
Sumber Video: Nur Sajat dan Coach Yin “rujuk” semula selepas beberapa hari putus cinta