Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata ini merupakan sebab Wan Ahmad belum menuntut wang tersebut.
"Dia (Wan Ahmad) berpendapat sekiranya dia teruskan untuk mendapatkan kembali wang tersebut, kosnya mungkin lebih besar kerana urusan ini melibatkan luar negara," katanya.
Pada 2 Mac lalu, akhbar Australia Sydney Morning Herald telah melaporkan pembekuan akaun Wan Ahmad dengan jumlah lebih A$320,000 (RM971,800) kerana disyaki mempunyai wang atau hasil daripada kegiatan jenayah.BACA: Tiada kesalahan, Wan Ahmad Najmuddin hanya jual rumah - KPN
BACA: Pengarah JSJ sedikit naif mengenai undang-undang Australia - TPM
Bagaimanapun, Fuzi berkata hasil siasatan mendapati wang tersebut diperoleh hasil daripada penjualan rumahnya di Shah Alam yang pada waktu itu berharga RM700,000 (A$260,770).
Sumber Wan Ahmad tidak tuntut wang kerana kos terlalu mahal - KPN
Tags:
Viral AA+