“Wanita itu ibu kandung mereka” – Polis sahkan 2 beradik itu tidak diculik

Polis mengesahkan wanita yang membawa dua beradik berusia empat dan enam tahun ketika berada di tadika di Seksyen 16, Petaling Jaya, kelmarin adalah ibu kandung kepada kanak-kanak berkenaan, lapor Harian Metro.

"Wanita itu ibu kandung mereka" - Polis sahkan 2 beradik itu tidak diculik

“Wanita itu ibu kandung mereka” – Polis sahkan 2 beradik itu tidak diculik

Sumber polis berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi sehingga kini, pihaknya mendapati wanita yang membawa kanak-kanak terbabit adalah ibu kandung mereka.

“Pihak kami sudah meneliti beberapa aspek dan mendapati wanita yang membawa keluar kedua-dua kanak-kanak berkenaan adalah ibu kandung mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi kelmarin, dua beradik dikatakan dilarikan tiga individu tidak dikenali, termasuk seorang wanita ketika berada di tadika berkenaan.

Kehilangan Raheel Khan dan Aleya Reyhana disedari ketika ibu saudara mereka hadir untuk mengambil mereka pulang.

Namun ibu saudara kanak-kanak itu dimaklumkan oleh guru tadika ada seorang wanita datang mengambil adik-beradik berkenaan kira-kira 9 pagi atas alasan ingin membawa mereka untuk pemeriksaan kesihatan.

“Wanita itu mendakwa akan membawa pulang dua beradik berkenaan dalam masa sejam,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang mengesan wanita terbabit untuk membantu siasatan.

Sumber: SK


Sumber “Wanita itu ibu kandung mereka” – Polis sahkan 2 beradik itu tidak diculik

Post a Comment

Previous Post Next Post