Korang hati-hati tau sebab dekat Google Play Store ada app yang tak authorise oleh syarikat sebenar. Jadi, sesiapa yang dah install tu, sila uninstall sekarang ye!
Kiranya syarikat sebenar tu tak tahu menahu kewujudan app ni. Menurut worldofbuzz.com, app yang dimaksudkan adalah ASB PNB ASNB yang kononnya dari Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
App ni bahaya sebab boleh curi maklumat akaun korang atau data lain yang sepatutnya private tu. Now, ASNB dah pun keluarkan notis memaklumkan yang apa-apa aplikasi guna nama ASNB, ASB dan PNB semua tu tak diiktiraf langsung oleh pihak dorang.
Ia beroperasi tanpa pengetahuan dan kebenaran dari pihak Pemegang Amanah, ASNB dan PNB”
Bukan tu je tau, pihak dorang pun bagitau yang pihak Pemegang Amanah, ASNB, PNB dan ejen-ejen dilantik oleh ASNB tak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami mana-mana pihak akibat daripada maklumat yang ada dalam app tu.
So, kiranya kalau apa-apa jadi, korang tak boleh nak mintak ganti ke apa ye. Semua tanggung sendiri. Then, sejak tu app ni dah diturunkan dari Google Play Store. Maknanya, siapa yang belum download tu, legalah.
Tapi kalau korang dah download, better padam cepat!
Anyway, kalau korang ada soalan nak tanya or korang ada apa-apa maklumat pasal developer app ni, boleh contact ASNB dekat nombor ni: 03-2057 3000 pada bila-bila waktu bekerja atau boleh pergi dekat website dia kat sini.
Hati-hati ye semua!
Sumber: lobakmerah.com
Sumber Waspada! App ASNB Ini Tak Diiktiraf Dan Boleh Curi Data Korang! Uninstall Sekarang!
Tags:
mazeer