Yayasan AMIR dan LeapEd Services perkenal Projek Aman di 64 sekolah di Kedah

JERLUN: Sayap pendidikan Khazanah Nasional, Yayasan AMIR dan LeapEd Services bakal memperluaskan programnya ke negeri Kedah dengan pelaksanaan inisiatif ‘Projek AMAN’.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata, program dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan melibatkan 64 sekolah di Kedah selain berlangsung selama tiga tahun.

Katanya, ia menyasarkan agenda transformasi melalui empat teras utama iaitu pentadbiran sekolah, guru, kepimpinan pelajar dan pembabitan komuniti dengan sekolah.

“Sebagai anak negeri Kedah, saya amat berbangga dan berharap usaha ini akan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, memaksimumkan pencapaian dan potensi murid serta menerima manfaat daripada penglibatan ibu bapa dan anggota masyarakat dalam pendidikan anak masing-masing,” katanya ketika merasmikan Perogram Hasanah Bersama Rakyat di Jerlun, Kedah.

Yayasan Amir merupakan sebuah yayasan di bawah Yayasan Hasanah dengan memberi fokus kepada pelaksanaan program Sekolah Amanah, yang sehingga kini melibatkan 83 buah sekolah di 10 buah negeri.

Manakala LeapEd Services pula merupakan syarikat perkhidmatan pendidikan milik Khazanah. 

Sementara itu, Othman turut mengalu-alukan penglibatan Khazanah Nasional dalam membangunkan ekonomi di kawasan luar bandar, termasuk Jerlun.

Katanya melalui pelaburan Khazanah Nasional dalam perusahaan ladang ternakan udang Blue Archipelago Berhad, telah menyediakan peluang pekerjaan dengan  60 peratus daripada 360 pekerja di ladang itu adalah penduduk Jerlun.



Sumber Yayasan AMIR dan LeapEd Services perkenal Projek Aman di 64 sekolah di Kedah

Post a Comment

Previous Post Next Post