“Pernah beli produk untuk muka berjerawat tapi tak pernah berhasil? Tenang dulu. Mungkin produk tu tak sesuai untuk muka Asia korang dengan iklim panas dan tak menentu ni. Ini panduan produk untuk muka berjerawat untuk korang khasnya orang Malaysia. Selamat mencuba!”
Sekarang ni, macam-macam produk yang ada di pasaran khusus untuk mereka yang ada masalah kulit berjerawat. Tapi bila dah banyak-banyak tu tak tau pulak mana yang bagus untuk kulit muka.
Honestly, masalah kulit berjerawat memang susah dan leceh nak jaga. Tak lupa juga masalah ini boleh mengurangkan confident seseorang kerana malu dengan keadaan muka sendiri. Tapi jangan risau, kat sini kami nak recommend 10 produk paling bagus untuk orang Malaysia yang ada masalah kulit berjerawat.
1. The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wash
The Body Shop mempunyai banyak range yang korang boleh pilih mengikut masalah kulit korang. Yang bestnya dorang ada keluarkan produk untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat. Mengandungi minyak tea tree dari kaki gunung Kenya yang sememangnya bagus untuk menghilangkan jerawat.
Bukan tu je, produk ni juga boleh bantu mengurangkan masalah kulit berminyak tau dan kalau pakai rasa segar je muka. Tapi, yang ada kulit kering tak boleh gunakan produk ni sebab akan mengeringkan lagi muka korang.
Harga: RM49.90/250ml
2. Neutrogena Deep Clean Acne Foam Cleanser
Produk keluaran Neutrogena ni memang favourite pengguna sebab boleh bantu clearkan jerawat yang ada kat muka. Ujian secara klinikal dah buktikan yang produk ni boleh hilangkan kekotoran, kulit mati dan kurangkan minyak kat muka. Sebabnya minyak berlebihan ni yang buat jerawat tumbuh.
Ramai yang recommend pakai ni sebab nampak perubahan lepas guna secara berterusan selama tiga bulan. Tapi sama macam produk The Body Shop tadi, Neutrogena Deep Clean Acne Foam Cleanser pun tak sesuai untuk mereka yang berkulit kering. Ianya sesuai untuk korang yang ada kulit berminyak dan berjerawat je.
Harga: RM16.80/100g
3. Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion
Produk brand Malaysia ni memang selamat dipakai dan berkesan untuk korang yang ada masalah kulit berjerawat. Toner ni memang sangat-sangat membantu dalam menghilangkan jerawat, control minyak berlebihan kat muka dan kurangkan parut jerawat.
Dengan bahan utama menggunakan minyak tea tree, toner ni boleh bantu hilangkan keradangan daripada jerawat ni dan kecilkan liang roma bagi menghalang pembentukan minyak yang berlebihan. Ramai yang puas hati pakai ni lagi-lagi sebab harganya pun tak semahal mana.
Harga: RM19.90/100ml
4. Eucerin Pro ACNE Solution
Range Pro ACNE dari Eucerin memang sesuai untuk korang yang ada jerawat sebab dapat bantu kurangkan jerawat dan kurangkan minyak pada muka. Yang bestnya produk ni, dia memang sesuai untuk semua jenis jerawat.
Produk brand ni pun bantu bersihkan pore dan menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan jerawat. Tapi jangan risau sebab dia langsung tidak mengeringkan muka dan memang efektif bila digunakan pada kawasan T-zone.
Harga: RM40.50/200ml
5. Garden of Eden Rosa T Triple Action Acne Serum
Garden of Eden menggunakan bahan semulajadi dan selamat untuk digunakan. Serum ni memang sesuai sangatlah nak dipakai untuk korang yang ada kulit berjerawat sebab dia bantu mengurangkan minyak muka yang sekaligus hilangkan jerawat.
Bukan tu je, produk ni, akan kecilkan pori, kurangkan parut jerawat, whiteheads dan blackheads untuk melicinkan kulit. Produk ni tak ada bau yang kuat sangat dan tak berminyak. This one pun sesuai untuk mereka yang kulit berminyak sahaja.
Harga: 74.90/15ml
6. Eucerin ProACNE Solution Super Serum
Serum ni memang sangat light dan selesa bila pakai lagi-lagi sebab dia memang cepat serap kat dalam kulit. Produk keluaran Eucerin ni memang membantu nak baiki complexion kulit dan dia memang bersihkan liang roma yang tersumbat yang menjadi antara sebab tumbuhnya jerawat.
ProACNE Solution Super Serum ni sesuai digunakan untuk korang yang ada kulit berminyak dan berjerawat tak kira lelaki atau pun perempuan berdasarkan ujian klinikal yang dah dijalankan.
Harga: RM67.50/30ml
7. Etude House AC Clean Up Gel Lotion
Produk dari Korea ni mengandungi asid salicylic, satu lagi bahan yang berkesan kalau korang ada kulit yang berjerawat sebab dia melegakan keradangan pada kulit dan kurangkan minyak pada muka. Bahan lain yang ada ialah tak lain tak bukan, minyak tea tree.
Kalau produk yang lain sesuai untuk yang ada kulit berminyak, Etude Huse AC Clean Up Gel Lotion ni sesuai untuk korang yang ada kulit berjerawat dan sensitif. Bukan tu je, produk ni pun bantu kurangkan parut jerawat dan bila pakai tak rasa melekit pun. So, memang recommended.
Harga: RM67.90/200ml
8. Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Light Cream
Moisturizer dari Hada Labo ni banyak dapat review bagus dan ramai kata pelembab terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat. Selain melembabkan muka, ia dapat mengawal dan menyerap minyak yang berlebihan dari kulit dan sekaligus bantu kurangkan jerawat dari tumbuh.
So, moisturizer ni memang sesuai untuk yang kulit berminyak je ye dan tak sesuai untuk yang berkulit kering sebab nanti akan mengeringkan lagi muka. Ia juga tak mengandungi alkohol, mineral oil dan fragrances and memang selamat digunakan dan berkesan untuk dapatkan kulit muka yang bebas jerawat.
Harga: RM71.90/50g
9. The Body Shop Tea Tree Oil
Ubat jerawat memang must-have item untuk mereka yang ada kulit berjerawat. Selain guna krim jerawat yang biasa dilihat di drugstore, korang boleh jugak cuba tea tree oil dari The Body Shop ni.
Mengandungi minyak tea tree, ia dapat mengecutkan jerawat dalam masa semalaman dan ada antibacterial properties yang memang teramatlah membantu membasmi masalah jerawat. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, minyak tea tree ni hanya perlu tepek sikit je dekat jerawat.
Harga: RM42.50/10ml
10. Thursday Plantation Tea Tree Medicated Gel For Acne
Produk keluaran Thursday Plantation ni memang dapat review yang memuaskan daripada pengguna kerana memang berkesan mengecilkan dan menghilangkan jerawat. Mengandungi minyak tea tree, produk ni sekali letak dia boleh serap terus dalam kulit dan bantu keringkan jerawat.
Gel untuk jerawat ni selamat untuk digunakan sebab tak ada paraben dan tak mengandungi benzoyl peroxide seperti ubat jerawat lain tapi masih berkesan untuk digunakan. So, memang tak hairan dia boleh dapat banyak recommendation dari orang ramai.
Harga: RM39.90/25g
Kesimpulan
So, harapnya dengan recommendation dari kami, korang yang mempunyai masalah kulit berjerawat bolehlah cuba produk yang ada dalam senarai. Tapi perlulah diingatkan keberkesanan sesuatu produk bergantung kepada kulit muka korang dan keserasian kulit dengan produk tu.
Harap list ni dapat membantu korang. Apa apa pun kena ingat, produk yang mengandungi tea tree oil memang bagus untuk kulit berjerawat…
Dan please la jangan kedekut nak cantikkan diri korang terutama lelaki tu. Kami cakap mampu milik sebab kami yakin, korang mampu memebelinya. Kah!
Sumber: lobakmerah.com
Sumber 10 Produk Terbaik Mampu Milik Untuk Kulit Orang Malaysia Yang Ada Masalah Jerawat
Tags:
mazeer