KUANTAN, 5 April — Seorang pencinta kucing jalanan kecewa apabila 17 ekor haiwan peliharaannya mati, disyaki diracun, di dalam rumahnya.
Muhammad Nor Fiqry Zahari, 38, mengunci lebih 60 ekor kucing di dalam rumahnya di sini sewaktu kejadian Selasa lalu, lapor Berita Harian.
Beliau mengesyaki haiwan itu mati setelah menjilat bahan kimia yang diletak pada kepala ayam yang ditemui di ruang tamu setelah pulang.
“[...] saya lihat dalam sembilan ekor kucing sedang mengerumuni sesuatu dan apabila saya mendekatinya mendapati ada kepala ayam,” katanya.
“Saya tidak pernah bagi makan kucing kepala ayam. Saya ambil kepala ayam dan lihat ada cecair seperti bahan kimia.”
Ditemui akhbar itu di rumahnya di Lorong Seri Kuantan hari ini, Muhammad Nor Fiqry memberi kucingnya minum air kelapa untuk mengurang kesan racun.
Selepas dikesan keletihan dan tidak mahu makan, tambahnya, lima ekor mati semalam sehingga jumlahnya 17 ekor, setakat ini.
Membela kucing jalanan sejak 2016, beliau hairan bagaimana kepala ayam tersebut ada di ruang tamu walau pagar dan pintu rumahnya sudah dikunci.
Sumber 17 kucing mati, lelaki syak diracun di ruang tamu