Aeon Tebrau tutup selepas TMJ belanja RM1 juta

Orang ramai menyerbu pusat beli-belah Aeon Tebrau untuk berbelanja secara percuma oleh Tunku Mahkota Johor. — Foto ihsan Facebook/Johor Southern TigersOrang ramai menyerbu pusat beli-belah Aeon Tebrau untuk berbelanja secara percuma oleh Tunku Mahkota Johor. — Foto ihsan Facebook/Johor Southern Tigers

KUALA LUMPUR, 12 April — Pasar raya Aeon Tebrau ditutup sementara selepas diserbu pelanggan yang ingin menerima tawaran Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Susulan tawaran setiap pelanggan boleh berbelanja sehingga RM3,000 seorang antara jam 7 hingga 8 malam tadi, ratusan orang bergegas ke situ.

Namun tidak semua bernasib baik dibayar oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Troli yang dipenuhi barang mereka yang kecewa dibiarkan begitu sahaja.

Tanpa memberi alasan, Aeon Tebrau memaklumkan penutupan itu di Facebook “sehingga notis selanjutnya” dan meminta maaf “atas sebarang kesulitan”.

Namun ada pihak melihat insiden semalam kemungkinan menjadi alasan mengapa ia harus ditutup hari ini untuk “menyusun semula barangan” di situ.

“[Troli penuh barangan] yang tidak sempat bayar dek TMJ semalam ditinggalkan pengunjung-pengunjung,” coret seorang pengguna Twitter.

“Menangis staf Aeon Tebrau hendak susun balik, tahu? Sudah macam kena serangan zombie sangat,” katanya, dengan foto puluhan troli bersepah.

TMJ menampung pembelian keperluan asas orang ramai di pasar raya itu. Kos yang ditanggungnya dilaporkan sehingga RM1 juta.

Baca seterusnya di Malay Mail.



Sumber Aeon Tebrau tutup selepas TMJ belanja RM1 juta

Post a Comment

Previous Post Next Post