Anak Demam? Cuba Amalkan Tips Mudah Tanpa Ubat Cara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Ini

Anak Demam? Cuba Amalkan Tips Mudah Tanpa Ubat Cara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Ini
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar akui perkara yang paling membimbangkan ibu bapa adalah apabila anak-anak jatuh sakit.

Lebih-lebih lagi jangkitan itu terkena kepada anak-anak yang masih bayi di mana sistem imuninasi mereka masih belum kuat.

Gelagat anak kembar Sheikh Muzaphar

Lebih merunsingkan jika punca penyakit yang dijangkiti seperti demam viral tidak dapat dikesan dari mana sumbernya.

Bagaimanapun Sheikh Muszaphar yang juga merupakan seorang doktor bedah ortopedik mempunyai cara tersendiri untuk merawat bayi kembarnya, Adam dan Noah tanpa sebarang pengambilan ubat sekiranya mereka demam.

Noah memerhatikan Adam yang menangis kerana tidak sihat

Berikut merupakan tip yang diamalkan dan dikongsi oleh Dr Sheikh Muszaphar menerusi akaun Instagramnya.

 Tanggalkan baju bayi

“Dengan suhu badan yang mencecah 38 hingga 39 darjah selsius, amat penting untuk anda menanggalkan baju bayi dan hanya memaikan lampin/diapers sahaja,”

Instagram @drsheikhmuszaphar
 
Tuala basah

“Gunakan tuala basah dan letakkan ke atas badan mereka untuk menurunkan suhu badan,”
 

Guna 'koolfever'

“Selain tuala basah, kebiasaannya saya juga akan menggunakan ‘koolfever’ dan meletakkannya ke atas badan mereka sepanjang malam,”

Instagram @drsheikhmuszaphar
 
Perhatikan jika ada sebarang ruam

“Dalam masa yang sama, perhatikan sekiranya ada sebarang perubahan pada badan bayi sama ada ruam atau tanda merah.

“Ini kerana kebiasaannya ruam demam campak (chicken pox) akan keluar selepas lima hari demam panas,”
 
Gambar keluarga Muszaphar

Asingkan dengan adik-beradik lain

"Ibu bapa perlu banyak bersabar ketika merawat anak yang sakit dan kalau boleh cuba asingkan bayi yang demam dengan adik beradik lain,"

Berdasarkan pengalamannya, Sheikh memberitahu anaknya pulih daripada demam selepas mengamalkan kaedah tersebut selama tiga hari.
 
 



Sumber Anak Demam? Cuba Amalkan Tips Mudah Tanpa Ubat Cara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Ini

Post a Comment

Previous Post Next Post